Showing posts with label Sardin. Show all posts
Showing posts with label Sardin. Show all posts

Monday, 23 September 2019

Noxxa Sardin Homemade

Hi uolss. Hari ni sis nak sharing cara nak masak sardin sendiri guna periuk ajaib CIK NOXXA kita.

Bahan-bahan:
5 ekor Ikan sardin/ makarel saiz besar
1 biji Bawang holland
1 biji Tomato (boleh ganti dgn paste tomato)
1/2 cawan cili kisar
Sedikit sos cili
Asam jawa (sebesar syiling 50 sen)
Garam & serbuk perasa


Cara-cara:
  1. Panaskan periuk noxxa. Tekan STIR FRY. Letak minyak panas, bila minyak dah panas, masukkan bawang, tumis hingga layu.
  2. Kemudian masukkan cili kisar, tumis hingga naik minyak & boleh masukkan air asam jawa.
  3. Kemudian masukkan tomato yang telah dihiris/  dipotong dadu. 
  4. Masukkan sos cili bersama garam serta serbuk perasa.
  5. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah dipotong dua. Kemudian, tutup periuk dgn penutup, tekan HP, set masa 75-90 minit, alihkan tombol ke PRESSURE & jangan lupa tekan ON. Biarkan & sambil tu korang pi la lipat baju or layan cerita korea 


Taraaa.. hasil my homemade sardin

Bahan-Bahannya


Rasa sardin homemade ni memang sebijik macam yang dalam tin tu, try la. Makan la tanpa WAS-WAS. Kawan sis siap buat jual lagi sardin ni. Meh sini sis share gambar homemade sardin sis buat.


Kalau periuk noxxa model baharu:
  • pilih mode yang paling dekat dgn 75-90 minit tu. Kalau sis, sis akan pilih mode no. 1 iaitu BROTH, pastu sis tekan ➕ sampai la antara 75 minit - 90 minit (ni ikut suka korang, sis pilih 80 minit, just nice keempukan isi ikan tu). Pastu tutup penutup & jangan lupa alihkan tombol ke PRESSURE. Periuk noxxa model baharu ni tak perlu risau nak tekan ON bagai sebabnya once uolss dh set mode, dalam tempoh 4 saat, periuk akan ON sendiri. Senang kan..
Ni NOXXA baru. Banyak mode boleh tekan-tekan sahaja. Yang belum ada, MEH la risik2 CIK NOXXA ni..


Kalau berkenan dengan CIK NOXXA ni, meh la risik-risik di www.wasap.my/60126810089