Monday 14 July 2014

Palestin & Boikot




Serangan oleh rejim zionis ke atas Palestin berlaku lagi...tak mampu rasanya melihat post berkaitan dengan kekejaman tersebut, mengalir air mata melihat kekejaman tersebut, tabahnya kamu wahai rakyat Palestin...kita hanya mampu berdoa dan memberi sumbangan mana yang termampu (maafkan kami wahai saudara seagamaku yang tabah mempertahankan agama kita), ..Ya Allah..betapa nikmatnya kami disini, sedangkan mereka disana.....Ya Allah kau lindungkan la mereka dari segala kekejaman israel...

Sejarah kekejaman israel ke atas Palestine sangat panjang & berulang-ulang seolah-olah tiada kesudahan selagi apa yang diingini oleh rejim zionis tidak diperolehi...tambahan lagi dengan sokongan kuasa besar dunia Amerika Syarikat terhadap israel...dunia seolah-olah hanya mampu menjadi penonton sahaja..

Apa yang mampu saya lakukan????? mungkin karikatur di bawah boleh membantu...inshaaAllah..


Photo: [Info] Apa yang boleh saya lakukan untuk bantu Palestin?

Saya terbaca di media, israel paling takut sekiranya ekonomi mereka diboikot oleh dunia...mungkin sumbangan kita nampak kecik tetapi sekurang-kurangnya ia membantu...pilihan ditangan masing-masing...sekiranya tidak semua produk, mulakan sedikit-sedikit terutama companies yang memberi sumbangan secara terus untuk tujuan ketenteraan israel...

Saya dah mulakan dengan McD, hampir 3 tahun, inshaaAllah...perfume jenama estee lauder, DKNY dah bertukar kepada minyak attar (sekarang pun minyak attar banyak yang best bau-baunya, kena pandai cari), cuma sekarang tengah berusaha mencari produk untuk menggantikan Loreal ngan Nestle...




Photo: We can do something....
Berilah sumbangan mengikut kemampuan kita
Photo
Marilah kita sama-sama berdoa untuk saudara kita

 Jommmm sama-sama membantu saudara kita di Palestin...







Selamat Berpuasa

Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 16 puasa, kejap sesangat...tak sempat rasanya nak mengejar apa yang dirancang...sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang...

Awal ramadan kami sekeluarga kehilangan bapak mertuaku...satu lagi kehilangan besar selepas ibuku hampir 6 tahun lepas...Al-fatihah....moga roh mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman...amiiiinnnn

Sesungguhnya kehilangan mengajar kita lebih menghargai...ianya pedih, pahit tetapi janji Allah itu benar...

Semoga tabah menghadapinya...InsyaaAllah