Sunday 9 November 2014

Semangat yang Hilang

Berakhir sudah Oktober, banyak betul benda terjadi, minggu terakhir oktober adalah my proposal defend...huhu..rasa macam berakhirnya satu mimpi ngeri..terasa separuh nyawaku pergi..chewahhh..hahahhh

Tengah mencari sisa-sisa kekuatan untuk teruskan perjuangan masterku ini..perjuangan melawan diri sendiri, kadangkala tersungkur jua, hanya kekuatan darimu Ya Allah yang membantuku teruskan perjuangan ini.

Ya, perjuangan perlu diteruskan, pantang dalam kamus hidupku mengalah dalam perjuangan..cuma  kadangkala ia memerlukan R&R untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang telah ditetapkan...

Yessss...press the button and start over again. November please be nice ya.....

 

Tuesday 21 October 2014

Resepi Pound Cake- Kek Minyak, Butter, Marble, Pelangi, Oren

Kita simpan lagi resepi kat sini ye, sebab resepi ni simple gile, guna ukuran cawan je, satu resepi untuk pelbagai jenis kek di atas. Sesuai sangat untuk orang yang ala-ala rajin macam ceq ni.

Asasnya kek butter, kalau kat dapur tu tak de butter, ganti je dengan minyak atau marjerin, so bila dah bahan utama bertukar, nama kek tu pun bertukarlah, dari kek butter jadilah kek minyak atau marjerin..senangkan..tak payah pening-pening, tapi rasa kek akan lain sikit la, kalau guna minyak, kek nya kurang lemak sikit..aku paling suka guna butter..lemak gitu..nyummm..nyummm..

Pastu dengan menggunakan resepi yang sama korang boleh jadikan adunan tersebut sebagai kek marble dengan hanya mengasingkan adunan menjadi dua adunan, satu adunan diletak chocolate emulco, kalau suka rasa mocha, masukkan sedikit bersama adunan, lagi satu adunan tu biar je plain macam tu..selang selikan adunan masa masukkan dalam loyang..pastu ambik pencukil gigi & larik-larikkan.

Selain itu adunan tersebut jugak boleh dijadikan kek pelangi, korang hanya asingkan adunan kepada beberapa bahagian, letakkan warna ikut suka hati korang..pastu ulang step kat atas..siap sudah

Kalau rasa nak makan kek orange, tambah je 1 biji orange..sonang kan

Aku memang suka makan kek yang simple-simple macam ni, boleh makan berulang-ulang compare kalau kek yang beraising bagai, memang satu potong dah stop, biasalah tekak orang kampung makan kek..hahahhahhh..dah tu cara buat pun senang ja...

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum / tepung kek (kalau pakai tepung kek dah tak payah tambah baking powder)
1 sdt baking powder
4 biji telur
1 cawan gula kastor
1 buku butter (250gm) / marjerin  / 1 cawan minyak
1sdt esen vanila
1/2 cawan susu full cream
1 sdt ovallet (optional) - pastikan ada cop halal ye. Ia menjadikan kek lebih gebu

Optional mengikut jenis kek:
- Untuk kek orange - tambah 1 biji orange (kulit diparut & diambil jus nya). Kalau takde orange, boleh guna dalam 4-6 sdb (1/2 cawan) pati orange sunquick. Saya tak tambah pape pewarna atau perisa oren. Sedap & gebu sangat, rasa fresh je bau kulit oren tu...nyummm..nyummmm

Kek Oren Gebu Gebas

- Untuk kek marble - tambah 2 sdt chocolate emulco. Optional - 1/2 sdt perisa mocha (kalau suka)

Kek Marble Mocha

- Untuk kek pelangi - guna pelbagai jenis pewarna

Kek Pelangi

Cara-Cara:

1. Pukul butter/marjerin bersama gula sehingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebijik. Pukul lagi sehingga menjadi sedikit keputihan. Masukkan sekali esen vanila & ovallet. Kalau buat kek orange, pukul sekali parutan kulit orange bersama adunan butter. Kalau guna minyak hanya pukul gula bersama telur, kemudian baru masukkan minyak.
2. Ayak tepung bersama baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan butter tadi. Masukkan susu. Kalau kek oren, jangan lupa masukkan jus oren yang telah ditapis. Kemudian kacau guna senduk sehingga sebati.
3. Sediakan loyang, sapukan sikit dengan minyak atau butter, masukkan adunan & bakarlah suhu 180c selama 40-50 minit.

Taraaa..siap sudah, 1 jenis resepi untuk pelbagai jenis kek..
Untuk hiasan, ikut suka hati korang la, boleh letak almonds flakes ke chocolate rice ke atau taburkan je dengan icing sugar atau tak payah letak pape pun ok je...

Semua jenis kek di atas, ceq dah try ye guna resepi ni je..ada pelbagai resepi & cara sebenarnya tapi untuk orang yang ala-ala rajin, resepi di atas amatlah sesuai..

Selamat mencuba!!!!!

Monday 13 October 2014

Resepi Carrot Cake

Resepi ni ambik dalam satu blog tu tapi dah tak ingat dah blog mana. Terima kasih ye tuan empunya diri, ilmu tak rugi sekiranya dikongsi. Semoga Allah membalas segala kebaikanmu. Dah banyak kali try dah tau, memang TERBUKTI lah..sampai tetamu-tetamu masa open house raya request resepi ni la..hehehee

Tapi biasa lah ceq ni memang suka menderhaka sikit dari resepi asal, ikut selera masing-masing la, bukan apa resepi kek biasanya manis-manis belaka, ceq memang tak berapa suka makan manis-manis, so resepi tersebut telah dikurangkan sikit kuantiti gulanya tapi kek kalau kurang manis sangat pun tak sedap jugak, pernah try dulu, last-last kek tu selamat dalam tong sampah...huhuuuu..

So kita simpan resepi ni kat sini ye, takut terhilang plak..sebab kek ni sedap sangat & teramatlah senang nak buat guna ukuran cawan je & tak payah keluarkan mixer uolls ye, guna senduk je...nyummm..nyummmm.. 

Bahan-bahan:

2 atau 2 1/2 cawan parutan carrot
4 biji telur (suhu bilik)
1 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan gula kastor atau gula perang (kalau guna gula putih tu, letak 1 cawan dah cukup)
2 cawan tepung gandum
1 sdt soda bikarbonat
1 1/2 sdt baking powder
1/2 sdt serbuk kayu manis
1 sdt esen vanila
1/2 sdt garam (saya tak letak)
1 cawan walnut dicincang

Cara-caranya:

1. Tepung gandum, soda, baking powder, serbuk kayu manis, garam di ayak bersama & ketepikan.
2. Telur dipukul bersama gula, guna senduk kayu je, kemudian masukkan minyak, kacau sehingga sebati. Kemudian masukkkan bahan yang diayak kedalam adunan, kacau sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan esen vanila, parutan carrot & walnut cincang ke dalam adunan & gaul sehingga sebati.
4. Sapukan minyak pada loyang. Bakar pada suhu 185c selama 40 minit.

Taraaa..dah siap

My favourite cake

Memang SEDAPPPP sangat..tak payah frosting dengan cheese pun tak pe. Saya suka makan macam tu je...



Minuman Detoks

Simpan resepi minuman detoks ni kat sini sat..

Haha..ambik, berdetoks baq hang..harap maklum, sejak dua menjak ni, ramai sangat dah menegur, depa kata ceq berisi sikit..bukan sikit aih, banyak woo..9 kg naik wei..banyak baju memang tak muat dah, tambah-tambah baju kurung moden, selamat la bersemadi dalam gerobokku..tunggu ye kesayangan semua nanti ceq pasti kurus semula...huhuhu...

Nak start berdiet punyalah seksa, asyik postpone je..hahahhh..selain exercise, makanan kena jaga gak..tapi bab makan ni memang tak berapa boleh control sangat..selera tak hingat. So salah satu cara dengan berdetoks la. Detoks ni baik untuk jaga kesihatan dan membantu mengurangkan berat badan. Sebenarnya dengan minum air kosong yang banyak pun dah boleh, tapi nak try jugak buat air detoks sendiri, tengok macam best je, terliur wei...

Secara basic, beberapa jenis buah dipotong, selalunya buah yang kaya dengan vitamin c seperti oren, lemon, limau nipis (bertujuan menukarkan lemak kepada tenaga) & timun (memberikan rasa kenyang). Buah-buahan tersebut dicampur dengan  daun pudina direndam dalam air kosong dan disimpan dalam peti ais, pastu minumlah..kalau nak lagi efektif, minum je macam tu, tak payah nak tambah gula, tapi kalau tak tahan dengan rasa kosong tu, tambah la gula ke madu ke..

Ni minuman detoks yang saya buat, saya letak buah oren, lemon & halia je (bahan tu je yang ada, nanti nak buat lain la), potong nipis-nipis, letak dalam botol atau jug, masukkan air, biarkan dekat luar kejap pastu baru masukkan dalam peti ais..taraa..boleh la minum, memang tak sedap sangat pun tapi demi kesihatan, ku gagahkan jua..saya minum macam tu je tak tambah gula atau madu pun, saya minum pagi dan malam..depends korang la nak letak buah apa & nak minum berapa kali sehari..


Dah beberapa kali minum baru teringat nak ambik gambar, nampak orange je

Petua putihkan gigi

Simpan petua ni kat sini ye, petua ni viral kat fb sekarang ni, jimat wei compare nak beli whitening teeth. Boleh refer kalau lupa nanti, biasalah semangat membara ceq ni sat je, nanti-nanti bila penyakit malas mai, apa pun tak boleh nak buat;-)..huhuuhu..
Simple je caranya, ambik soda bikarbonat letak dalam bekas, 1 sudu kecik dah ok, depends korang la nak banyak atau sikit, pastu sepotong limau nipis atau lemon, perahkan atas soda, ambik berus gigi & gosok la..taraaa..siap..

Dah try tau, okla, gigi jadi lebih bersih dan rasa macam putih sikit..hehehe...almaklumlah bila dah dilahirkan dengan gigi cam gini tak boleh la nak perasan macam fazura..hehehe..pape pun saya bersyukur dengan kurniaannya...

Monday 22 September 2014

Vertigo & Betaserc

Ni sambungan part 2 pasal vertigo...hahahah..boleh gitu...

Hari tu dah cerita sikit pasal vertigo, pastu ingat tak stok 3 bulan ubat tu, namanya Betaserc. Gueh dengan tidak konsistennya makan la ubat ni, kan doktor prescribe sehari 2 biji selama 3 bulan, ingat aku nak follow sangat, hahahahhhh...

Nak dijadikan cerita, lately aku sangat susah nak tido, tak tau la nape, puas betoi nak tido, kalo tido pun kejap-kejap terjaga, nak dapat sehari 4 jam pun susah. Penah aku tak dapat tido hampir 3 hari, adoooiiiii..situasi ni sangatlah tidak sesuai dengan diriku yang bergelar ratu tido ni, mau nya tak dapat gelaran tu, dengan kiraan 10 sahaja aku dah hanyut..husband aku selalu perli, kalau aku cakap ngantuk nak tido maksudnya memang dah selamat la, ribut ke, gempa bumi ke, memang aku takkan terbangun punya...

Tapi KINI TIDAK LAGI...huhuhuuuu

Puas jugak aku memikir, nape la jadi camni, habis nikmat tido ku..pikir punya pikir akhirnya aku syak mesti ubat ni yang punya angkara..pastu aku pun cek ngan pakcik google, rupanya antara side effect ubat ni antaranya adalah insomnia...patutlah..

Korang bayangkanlah disebabkan aku tak boleh tido, habis cerita korea aku layan, running man siap tengok balik dari episod 1, roommate siap aku tengok online sampai habeh dah..cerita yang best-best tayang kat channel 393 aku dah habeh tengok dah online, nak tunggu depan tv macam lambat je..layan jela online...huhuhuu..

So sekarang ni, aku ambik ubat ni selang-selang, kadang-kadang aku selang sampai seminggu, hahahha  melampau tak, selagi aku tak pening aku tak ambik ubat, pastu bila dah stat pening sikit-sikit, mulalah aku kelam kabut ambik ubat balik, tapi kesannya aku tak boleh nak tido betul-betul 2 hingga 3 hari jugak la, lepas habis kesan ubat tu, aku akan tido selena-lena nya..so sekarang ni aku menjadi burung hantu menemani suamiku bekerja sehingga larut malam (isteri solehah gitu, huahuauuuu)...

Kadang-kadang bila satu nikmat (walaupun kecil pada padangan kita) diambil dari kita baru kita belajar menghargai betapa besar nikmatNya..




Friday 8 August 2014

Syawal 2014 (#kueh raya #baju raya #balik kampung #raya #proposal #vertigo #takdeopenhouse)...panjang tajuk kali ni..

Selamat hari raya, alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan olehNya untuk menyambut bulan syawal...mohon ampun & maaf di atas segala kekhilafan, kita hanyalah manusia biasa yang tak penah lekang dari melakukan kesilapan & kesalahan..

pejam celik pejam celik dah raya keberapa pun dah tak tau..cepatnya masa berlalu..sibuknya jadual ku, dari bulan puasa sampai la sekarang...tapi yang penting dapat buat kuih raya yang banyak tahun ni..hihihii...

Raya ketiga sudah bermula tugasku sebagai seorang pelajar, poyo tak, orang sibuk raya, aku dok sibuk buat proposal, berkurung dalam bilik, tapi sempat gak la tolong family husband i buat kenduri arwah masa raya kelima tu (jumaat)...

Hari sabtu malam gerak balik putrajaya, ahad gueh sambung buat proposal balik...akhirnya hari khamis dah hantar proposal...yessssssss....tapi biasalah ada jugak lagi pindaan sana sini...nasib baik minor jer..

Disebalik kekalutan & kesibukan dari bulan puasa sampai sekarang, akhirnya berjaya jugak beraya dengan jayanya walaupun baju raya beli tiga empat hari sebelum raya..hahahahhh..

pastu boleh lak sakit..nak cerita jugak, ntah apa ntah nama penyakit tu, pelik, VERTIGO..simptom dia korang akan rasa pening, nak berdiri tak boleh, nak duduk tak selesa, nak tido pun serba tak kena, tak stable, semua benda berpusing-pusing...duniaku berpusing-pusing selama beberapa minit, pastu ok, pastu jadik lagi, selama beberapa hari jugak la..so cane nak buat kerja...mula-mula pi hospital kena inject je, dua hari gak la tak boleh puasa, ingatkan hilang camtu je, masa hari rabu, raya keberapa ntah, tak larat nak kira dah, jadi balik, terpaksalah makcik pi jumpa pakar ENT, dia cek semua la, tapi part paling tak best tu bila Dr. masukkan kamera yang kecik tu dalam hidung aku, sakit ya amat, sampai mencurah-curah air mataku, aku tak nangis tau, dia keluar sendiri, tak dapat control...hua..hua..huaaa..pastu siap kena pi terapi lagi cane nak handle kalau DIA DATANG lagi, ubat jangan cerita la, stok 3 bulan punya, muntah aku tengok, siap ada appointment pi jumpa fisio lagi, nak gelak aku dengar..pastu bila cerita semua orang gelak. Sabar jela...hehehhee

Dr.  kata garam dalam telinga aku tak berada dalam tempat sepatutnya, apa ntah..pelik penyakit tu..tapi yang penting Dr cakap tak serius sangat, cuma bila pusing-pusing tu je tak boleh buat pape, yang penting ubat kena sentiasa makan, BAIK DOKTOR..alhamdulillah, lega aku dengar, husband aku siap boleh buat lawak lagi, mesti aku selesa nak bernafas, maklumlah, lubang hidung dah kena gali, huaahuuuuaaaaahuuuaaaaaa...

Disebabkan beberapa sebab, maka tahun ini tiadalah open house, 1st time tak buat open house sejak kami berkahwin...huhuhuu...ramai dah kawan-kawan aku & my hubby tanya...ampun ye..ceq tak sempat sangat...ingatkan tak kerja, lagi free rupanya lagi sibuk, sibuk apa pun aku tak tau, so sekarang ni nak rest jap sehari dua..tapi kalau korang ajak aku pi open house korang, inshaaAllah aku pi..

Walaupun ikut perancangan aku akan beraya sakan tahun ni, maklumlah jadi student, kononnya nak duduk kampung sampai 2 minggu, tapi raya keberapa dah bermula rutin ku sebagai student untuk menyiapkan proposal aku...dengan nak siapkan beberapa projek dalam perancangan lagi, doakanlah ye..

Kesimpulannya kita hanya mampu merancang, tuhan menentu segalanya...

Monday 14 July 2014

Palestin & Boikot




Serangan oleh rejim zionis ke atas Palestin berlaku lagi...tak mampu rasanya melihat post berkaitan dengan kekejaman tersebut, mengalir air mata melihat kekejaman tersebut, tabahnya kamu wahai rakyat Palestin...kita hanya mampu berdoa dan memberi sumbangan mana yang termampu (maafkan kami wahai saudara seagamaku yang tabah mempertahankan agama kita), ..Ya Allah..betapa nikmatnya kami disini, sedangkan mereka disana.....Ya Allah kau lindungkan la mereka dari segala kekejaman israel...

Sejarah kekejaman israel ke atas Palestine sangat panjang & berulang-ulang seolah-olah tiada kesudahan selagi apa yang diingini oleh rejim zionis tidak diperolehi...tambahan lagi dengan sokongan kuasa besar dunia Amerika Syarikat terhadap israel...dunia seolah-olah hanya mampu menjadi penonton sahaja..

Apa yang mampu saya lakukan????? mungkin karikatur di bawah boleh membantu...inshaaAllah..


Photo: [Info] Apa yang boleh saya lakukan untuk bantu Palestin?

Saya terbaca di media, israel paling takut sekiranya ekonomi mereka diboikot oleh dunia...mungkin sumbangan kita nampak kecik tetapi sekurang-kurangnya ia membantu...pilihan ditangan masing-masing...sekiranya tidak semua produk, mulakan sedikit-sedikit terutama companies yang memberi sumbangan secara terus untuk tujuan ketenteraan israel...

Saya dah mulakan dengan McD, hampir 3 tahun, inshaaAllah...perfume jenama estee lauder, DKNY dah bertukar kepada minyak attar (sekarang pun minyak attar banyak yang best bau-baunya, kena pandai cari), cuma sekarang tengah berusaha mencari produk untuk menggantikan Loreal ngan Nestle...




Photo: We can do something....
Berilah sumbangan mengikut kemampuan kita
Photo
Marilah kita sama-sama berdoa untuk saudara kita

 Jommmm sama-sama membantu saudara kita di Palestin...







Selamat Berpuasa

Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 16 puasa, kejap sesangat...tak sempat rasanya nak mengejar apa yang dirancang...sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang...

Awal ramadan kami sekeluarga kehilangan bapak mertuaku...satu lagi kehilangan besar selepas ibuku hampir 6 tahun lepas...Al-fatihah....moga roh mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman...amiiiinnnn

Sesungguhnya kehilangan mengajar kita lebih menghargai...ianya pedih, pahit tetapi janji Allah itu benar...

Semoga tabah menghadapinya...InsyaaAllah

Monday 16 June 2014

Wang Kelian


marsitamustafa
Sampai dah Thailand
marsitamustafa
Sila abaikan gambar orang-orang berkenaan, tak kenal pun, nak signboard Wang Kelian tu je
Kononnya May would be my last trip to Kedah, rupanya on June i still balik kampung, hahahhh... Balik kali ni, sempatlah kitaorang pi Wang Kelian, nama je orang Kedah, tapi Wang Kelian pun tak pernah jejak..huhuuu..nak ke sana senang je, korang follow je signboard..sonang cerito..

marsitamustafa
Kedai-kedai kat sepanjang jalan

Best jugak, barang memang murah compare to Padang Besar. Wang Kelian terletak sempadan Perlis - Thailand. Tapi hari Ahad je boleh masuk sampai Thailand, tu yang murah tu. Korang boleh masuk je walaupun tak de passport ke border pass ke, memang dibenarkan. Kedai-kedai buka dari pagi sampai petang, makcik jual tu bagitau buka sampai pukul 6 petang, pastu korang shopping la sampai lebam..hahahhah..tapi sebelum ke Wang Kelian, korang bawak la duit siap-siap sebab kat situ tak de ATM machine, tapi makcik jual tu bagitau, dorang dalam perancangan nak letak ATM machine (haha, sempat lagi kitaorang interview makcik tu, macam-macam soklan kitaorang tanya, peramah je makcik tu jawab)

Selain shopping, makanan pun not bad la..bab makan ni memang aku suka..hahaha

marsitamustafa
Beli air RM2.50 dapat bekas ni sekali

marsitamustafa
Laksa siam, ulam-ulaman makan bersama laksa, banyak jenis wei..



marsitamustafa
Maggi sup
marsitamustafa
Pulut Ayam

Nanti nak pi lagi beli barang dapur, memang murah, kuali 15 inci cap buaya baru RM16, periuk kukus yang sedang tu RM65, kalau kat Padang Besar RM85..toto narita RM37, jom dekat-dekat raya ni pi shopping barang dapur lagi..

Wednesday 11 June 2014

Bas


marsitamustafa
Puduraya

Hampir 5 atau 6 tahun kot tak naik bas, akhirnya haritu kitaorang selamat menaiki bas masa balik kampung, alhamdulillah misi tercapai, sebenarnya nak naik keretapi tapi tiket habis sudah...teringin nak duk yang kabin tu..nanti nak naik jugak..teringin dah ni...

Sekarang ni naik bas dah boleh beli online melalui website ni, http://www.eticketing.my/busoperator.html



Tapi masa aritu nak beli tak lepas-lepas so my husband pi kaunter terus..maklumlah sekarang kan cuti sekolah takut tiket habis...best jugak lah naik bas, almaklumlah dah lama tak naik, paling best my husband la, sebab ada driver katanya, dia tak payah menempuh traffic, boleh tido lena katanya...lena tak lena jugak la, kami duk menyembang je sepanjang jalan..naik siang memang payah sikit nak tido, kalau malam dah selamat sudah..

Cuma yang tak bestnya, kita tak boleh nak berhenti sesuka hati, korang bayangkan kalau 5 minit je masa dia bagi untuk ke tandas, untuk makan 30 minit je..sampai kena hon la jawabnya..hahahahh..dulu masa zaman muda-muda remaja bolehlah tiap-tiap bulan ulang alik Shah Alam - Alor Setar, sekarang ni ceq dah tak daya nak naik bas, sekali sekala boleh la kot, nak lepas gian..hihiiiii

Tuesday 3 June 2014

May Yang Hectic


marsitamustafa

Alhamdulillah, bulan Mei berakhir sudah, bulan yang penuh dengan macam-macam aktiviti, perkara termasuk big & small event...month to be remembered, of course..selain lahir pada bulan ni, my anniversary jugak jatuh pada bulan ni..wahhhh..wahhh...lima tahun sudah usia perkahwinanku, campur tolak hampir sembilan tahun usia perkenalan kami...alhamdulillah..Ya Allah kau berkatilah perkahwinan kami ini sehingga ke Jannah dan moga dikurniakan cahaya mata kepada kami berdua...amiiinnn...

Bulan ni sangat-sangatlah super duper busy nyeeee....bermula dari awal bulan hinggalah ke hujung bulan...bulan ni je tiga kali balik kampung, my father in law tak berapa sihat, keluar masuk hospital..so kalau dikira hampir separuh bulan kitaorang kat kampung rasanya...alhamdulillah dalam kesibukan balik kampung sempat jugak siapkan my 2nd draft proposal...yahooo..aman sikit jiwa bila balik kampung, kalau tak asyik ingat proposal tu je..

Banyak betul aktiviti masa balik kampung, yang paling best nak cerita pasal makan la..huhuhuuu..TERBAIK la..

Mula-mula nak cerita pasal buah pelam, mangga atau pauh, orang utara panggil buah pelam..bulan mei ni memang musim dia la..pelam depan umah mak mertua I pun dah tak larat nak makan, banyak wei..siap bawak balik umah kitaorang lagi..pastu belasah pulak harum manis, tak cukup situ, siap pi beli kat ladang dia lagi...apa nak di kata..hahaaa, pastu ada kenalan kat kampung bagi try buah pelam intan shafinaz, sedap & manis habaq hang..ingat nama orang..rupanya nama buah pelam...ayoooo...pastu makan pulak pelam dengan pulut santan (pulut mangga)...apa nak dikata, tiada kata yang dapat diucap, memang terbaik la..dahla memang hantu pulut kan...bukan setakat dengan pelam, aku makan je pulut dengan semua makanan yang boleh dimakan..jangan nak pelik sangatla ye..dah biasa dari kecik..almaklumlah orang utara memang suka makan pulut..

marsitamustafa
Harum Manis
Pastu destinasi seterusnya mestilah char kuey teow, my favorite tu.. mula-mula nak pi makan kat Adam Char Kuey Teow kat Permatang Pauh masa on the way balik tapi lewat sangat, dah tutup..lain kali la..sempatlah pi makan kat Tok Wi Char Kuey Teow area Beseri kot, on the way jalan nak pi Padang Besar, sorry tak tau nama lokasi sebenar, huhuuu...tapi yang penting sedap, recommended la..

marsitamustafa

Lagi satu, nak cerita pasal nira nipah, sebenarnya jarang-jarang nak dapat nira nipah ni, selalunya dorang jual kat tepi-tepi jalan, tapi kali ni kitaorang pi layan nira nipah ni dekat ladang dia, nama ladang dia Ladang Nipah KIPLI area Kuala Sanglang, jalan tepi laut. Bukan setakat boleh rasa nira nipah, laksa ngan bihun sup pun ada..siap ada pondok tempat makan lagi, pastu kalau dah kenyang korang boleh lah tido dalam buaian pukat yang dorang ikat kat pokok tu..huhhhhh..nyamannyaaa...

marsitamustafa
Ladang Nipah KIPLI
marsitamustafa
Buktinya kami di sini










marsitamustafa
Buai laju-laju
marsitamustafa
Ni la buah nipah
Habis cerita kat kampung, sambung pulak kat umah I, dalam sibuk-sibuk tu boleh pulak mood keusahawanan aku menjelma, projek kuih raya...hahahhahha..apa nak di kata, aku dan dua orang adik iparku akan berpadu tenaga tahun ni jual kuih raya...terbaiklah..sebelum aku last balik kampung untuk bulan Mei, sempatlah kiranya aku buat sample tiga jenis kuih raya..pulun kan..heheheh..

marsitamustafa
Almonds London
marsitamustafa
Chocolate Chips
marsitamustafa
Florentine Crunchy Almonds

Ok la, berakhir sudah aktiviti bulan Mei, bulan Jun fokus balik kepada my proposal & projek kuih raya kami...



Tuesday 13 May 2014

Bertambah Lagi Umurku

Alhamdulillah selamat menyambut ulangtahun kelahiranku pada hari ini (13 Mei)..maka bertambahlah lagi umurku..

Tiada yang lebih istimewa melainkan ucapan dan ingatan semua kepada saya yang membuatkan diriku terasa begitu istimewa sekali hihiii..

Terima kasih semua. Sayang semua mmmuuuuuahhhhhh....

Wednesday 7 May 2014

Harum Manis


Aduhai, musim harum manis ni buat ceq terliuq ja...kawan-kawan asyik post kat facebook or instagram ja..

Harum manis ni berbuah setahun sekali sahaja, iaitu sekitar bulan April - Mei, pastu tunggu tahun depan la plak kalau teringin nak makan..

Buah ni mahal sikit, harganya sekilo RM20-25 sekilo kalau beli dekat perlis la, kalau kat KL agak mahal jugak la....sekilo dapatlah 2 atau 3 biji ja..

Kalau orang utara, depa makan buah ni dengan pulut santan, aduuuhhh, memang sedap hingga menjilat pinggan la..

Disebabkan kesedapan buah ni, orang sanggup bayar walaupun harga dia agak mahal, disebabkan penawaran yang agak terhad, ada jugak peniaga yang mula mengambil kesempatan menipu..saya dah terkena, beli sekilo lebih RM28 dekat tepi-tepi jalan sepanjang jalan dari Sanglang nak ke Perlis...masa dia bagi rasa, memang meleleh la, tapi bila beli balik umah kupas, adoiiyaa..masam gilak..apa pun tak boleh..memang frust gile la..peniaga macam tu pun ada..sedih ooooooo....sampai hati dia telah mempermainkan hati & perasaan saya...huhuuu...

Nasib baik tak beli banyak, kawan-kawan order dekat 20 kilo, trauma terus nak beli tepi jalan..nasib baik la Pak Long saya kenal orang yang ada ladang harum manis, dapatlah kiranya matlamat saya & kawan-kawan saya tercapai...harap-haraplah rasa dia ok..



Monday 5 May 2014

KEREK bukan GEREK

Macam-macam perangai manusia...sedikit pangkat, jawatan, harta kekayaan, ilmu dah nak KEREK..tak salah la kongsi sikit ilmu pengetahuan tu..bukan boleh jatuh bankrupt pun...

Jauh perjalanan, luas pandangannya..semua tu bukan milik kita pun, pinjaman semata-mata, kadang-kadang kita diuji dengan semua tu, kita je yang kadang-kadang tak sedar..buat kerja secara ikhlas kerana kita dibayar untuk buat kerja tersebut..kalau ada sebarang persoalan sila jawab dengan selayaknya..

kadang-kadang tak berapa paham dengan sesetengah orang yang menjalankan tugas dan tanggungjawab yang sememangnya menjadi tanggungjawab dan amanah mereka pun..

Peringatan untuk diri sendiri..

Thursday 1 May 2014

Selamat Hari Pekerja 2014

Sibuk jugak nak ucapkan selamat hari pekerja, walaupun diri sendiri tengah cuti belajar...

Tiba-tiba rasa nak tukar profesion menjadi seorang pendidik..tak tau kenapa..tapi perasaan tu kuat sangat bila tengah sambung belajar ni..

Dulu arwah mak saya suruh jadi cikgu, saya tak nak, rasa macam takut, takut tak tahu dan tak tahan nak handle perangai budak-budak zaman sekarang..hahahahhh..sebenarnya takut dapat balasan sebab dulu pernah buat perangai dengan cikgu masa zaman belia remaja dulu..dulu la kan..sekarang dah OK...heheheh..

Lagi satu alasan tak masuk akal aku adalah sebab ramai pensyarah-pensyarah aku walaupun umur dah 50 tahun lebih tapi serius tak nampak tua langsung, ingatkan awal 40-an gitu..agaknya kalau jadi pensyarah memang akan nampak muda ke..hahahah..macam tu nak jadi pensyarah la..sebab nak nampak muda...hahahah..menangis korang dengar alasan tak logik aku ni..

Ok la dah bye, kang lagi merapu meraban lak..
Mood: bengong sikit sebab nak kena buat proposal balik...


Alhamdulillah

Alhamdulillah, siap chapter 1,2 & 3 proposal ku..dah hantar & telah disemak & telah dipulangkan semula dengan pindaan yang banyak...hahahhahh..sabar jela..

Its ok babeh...chaiyookkk...u can do it...

supervisor suruh aku pinda sikit tajuk aku..of course la bila dah pinda tajuk, point dalam-dalam tu pun kena tukar & ditambah...

takpa..BERUSAHA LAGI...

USAHA TANGGA KEJAYAAN

Friday 18 April 2014

Ilmu

Semalam attend bengkel penulisan cepat oleh Dr OT, memang berbaloi la, menyesal lak kenapa tak tau awal-awal ada bengkel macam ni..memang membantu dalam penulisan. Almaklumlah, budak accounting kan, i dont like writing definitely..bila start writing je, my brain just stop functioning..actually there's are a lot idea in my mind, but i just don't know how to express it well in writing..hahaha..ALASAN kan...

So sebagai pengajarannya kepada saya, ilmu itu luas bukan setakat, pergi kelas & balik kelas, dah pandai. Banyak lagi yang kita tak tau. Bila tak tau sila bertanya pada yang PAKAR ye..

Jangan kedekut buat pelaburan untuk ILMU (beli handbag mahal boleh lak kan, peringatan pada diri sendiri, heheh)..cari je kursus-kursus luar walaupun berbayar..kalau ada duit lebih pastikan kita mempunyai segala keperluan untuk pembelajaran seperti notebook, software yang latest, internet, buku-buku & pape yang boleh membantu kita la..

Bagaimanapun, SEMANGAT WAJA juga penting untuk meneruskan perjuangan ini..heheh..macam nak p berperang je..

Sunday 13 April 2014

Bad Day, Bad Mood, Bad Attitude

Pernah tak korang ada hari yang memang semua serba serbi tak kena la..

mood swing gitu, bila dah mood pun tak ok, uolls punya bad attitude pun keluar la..walaupun hakikatnya uolls bukan la jahat pun, cuma aritu je bila serba serbi tak kena, maka tak dapatlah nak control sikap buruk itu, tak bagus betoiii...

Nasib la sape-sape yang kena tempias tu, tak bermaksud pun, MINTAK MAAP banyak-banyak ye..

Bilalah nak jadi sorang yang SANGAT-SANGAT PENYABAR nie...dah cuba tapi TER jugak...ayooooo...

Saturday 12 April 2014

Resepi Chocolate Rice Simple (Mars Bar Slice)


Resepi ni saya ambik dari youtube, 

Bahan-bahan:
(Gambar ambik dari google je..saja letak nak bagi terliur..hihii)




250gm or 300gm Mars Bar
90gm butter
3 cawan rice bubble or rice crispy
250gm milk choc

pastu ada yang tambah garam & madu, masukkan bersama masa cairkan Mars Bar. Korang boleh ganti jugak Mars Bar dengan Maltesers. Bila dah tukar bahan nama choc rice ni pun bertukar jugaklah kan..hehehe

Cara nak buat korang rujuk video ni..ni link dia http://www.youtube.com/watch?v=l4N2vTpNVjQ


Simple je..yang penting SEDAP..dah try tau, ikut je sebijik-sebijik macam video tu pun ok sangat...

Friday 4 April 2014

Kajian Ku

Tesis diperingkat sarjana boleh dibuat berkaitan kajian replikasi dengan modifikasi seperti variable baru, sampel lain atau treatment yang berbeza...
 
Literature Review bukanlah koleksi ringkasan kajian lepas...tetapi perlu dibuat dengan secara kritis.

Berfikir kritis bukan bermakna anda memberi komen atau kritikan yang negatif. Dalam akademik, berfikiran kritis lebih kepada mempersoal,  menilai kajian lepas dan memberi rasional kepada pegangan anda dengan motif memperbaiki kekurangan dan mengisi gap yang masih wujud.


Ni dari blog Dr OT ye..pinjam ye Dr. kata-kata ni, nak bagi motivasi kat diri sendiri sikit...

Late Bloomer

Saje je tiba-tiba nak cerita pasal ni..

A late bloomer is a person whose talents or capabilities are not visible to others until later than usual. The term is used metaphorically to describe a child or adolescent who develops slower than others in their age group, but eventually catches up and in some cases overtakes their peers, or an adult whose talent or genius in a particular field only appears later in life than is normal – in some cases only in old age. http://en.wikipedia.org/wiki/Late_bloomer

Rasanya ramai jugak yang dalam kategori ni. Lambat sikit, macam saya gak..hihiiii..tak pe walaupun lambat macam kura-kura...tapi akhirnya sampai jugak ke garisan penamat sebagai JUARA...
hehehehe..motivasi diri sendiri...chayoookkkk...gambateee....

Mood pening tengah buat proposal..orang lain dah sampai chapter 2..i'm still stuck in chapter 1, until today no any progress in my proposal...huaa..huaaa...luckily i found this blog http://drotspss.blogspot.com...terbaiklah...sangat-sangat membantu & memotivasikan diri ini..terasa diriku sangat berharga..ni blog akademik berkaitan research oleh Dr. Othman Talib..saya baca macam baca novel, non stop..cayalahhh...bahasa dia sangat sempoi & selamber tapi sangat informative...terbaiklah..pastu terus daftar bengkel penulisan tesis cepat oleh Dr. on 17 April ni...SEMANGAT GITU...

Kesimpulannya, late bloomer ni dia lambat sikit bermula tapi bila dah mula dan kuasai sesuatu bidang memang korang terkejut la..biar betul, bukan ke mamat ni dulu masa sekolah macam tak de masa depan je (penah tak korang bagi komen macam tu)..ngaku jela..aku pun penah gak..

Sebenarnya permulaan orang tu tak penting sangat tapi yang penting pengakhirannya..

Pernah terbaca satu quote oleh Bill Gates,lebih kurang macam ni.."IF YOU BORN POOR, IS NOT YOUR MISTAKE, BUT IF YOU DIE POOR IT'S YOUR MISTAKE"

Miskin di sini tak semestinya dari segi duit, termasuklah miskin kasih sayang, kebahagian, iman, kebaikan dan lain-lain yang setara dengannya.

CHAYOOOKKKKK.....

Wednesday 26 March 2014

Sedih Sangat

Terkesan sangat dengan pengumuman yang telah dibuat oleh YAB PM berkaitan kehilangan MH370 di lautan hindi...

Sedih & tak dapat dibayangkan keadaannya...apatah lagi to their family members involved in this tragedy..tiada kata dapat dilafazkan..BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL...

Tak sanggup nak tengok FB or other media sosial (inactive for a while)..terlalu banyak komen "BIJAK-BIJAK" yang tidak sedikit pun menunjukkan simpati kepada mangsa, ahli keluarga serta pihak-pihak terlibat yang telah bertungkus lumus siang & malam dalam merungkai misteri kehilangan ini..terfikir sejenak, kemana hilangnya kebijaksanaan akal fikiran & sifat kemanusiaan...

Kehilangan MH370 sangat misteri yang tidak pasti bila akan terungkai..pelbagai teori muncul...yang pasti hanya ALLAH SWT sahaja yang lebih mengetahui..

Ya Allah ya tuhanku, Kau peliharalah kami...


Thursday 20 March 2014

Ujian, Dugaan, Cabaran Hidup

Lately ni memang tak berapa ada mood nak berblog..tiap-tiap hari duk mengadap TV menunggu berita gembira berkaitan MH370...

Ya Allah kau permudahkan, peliharalah dan berkati mereka, keluarga mereka, rakyat Malaysia dan Malaysia secara amnya..

Dugaan demi dugaan melanda kita, Allah nak sedarkan kita sebab Dia sayangkan kita...

Di saat getir ni, macam-macam plak spekulasi muncul.."nowadays, rumors travel fast" dunia akhir zaman..


Dalam al-Quraan Allah SWT mengingatkan dalam firmanNya yang bermaksud:

Surah An-Nuur ayat 15 

إِذْ تَلَقَّوْنَهُ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُم مَّا لَيْسَ لَكُم بِهِ عِلْمٌ وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّناً وَهُوَ عِندَ اللَّهِ عَظِيمٌ 
Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya. link- http://www.mymasjid.net.my
 Moga kita terpelihara daripada golongan ini.