Monday 16 June 2014

Wang Kelian


marsitamustafa
Sampai dah Thailand
marsitamustafa
Sila abaikan gambar orang-orang berkenaan, tak kenal pun, nak signboard Wang Kelian tu je
Kononnya May would be my last trip to Kedah, rupanya on June i still balik kampung, hahahhh... Balik kali ni, sempatlah kitaorang pi Wang Kelian, nama je orang Kedah, tapi Wang Kelian pun tak pernah jejak..huhuuu..nak ke sana senang je, korang follow je signboard..sonang cerito..

marsitamustafa
Kedai-kedai kat sepanjang jalan

Best jugak, barang memang murah compare to Padang Besar. Wang Kelian terletak sempadan Perlis - Thailand. Tapi hari Ahad je boleh masuk sampai Thailand, tu yang murah tu. Korang boleh masuk je walaupun tak de passport ke border pass ke, memang dibenarkan. Kedai-kedai buka dari pagi sampai petang, makcik jual tu bagitau buka sampai pukul 6 petang, pastu korang shopping la sampai lebam..hahahhah..tapi sebelum ke Wang Kelian, korang bawak la duit siap-siap sebab kat situ tak de ATM machine, tapi makcik jual tu bagitau, dorang dalam perancangan nak letak ATM machine (haha, sempat lagi kitaorang interview makcik tu, macam-macam soklan kitaorang tanya, peramah je makcik tu jawab)

Selain shopping, makanan pun not bad la..bab makan ni memang aku suka..hahaha

marsitamustafa
Beli air RM2.50 dapat bekas ni sekali

marsitamustafa
Laksa siam, ulam-ulaman makan bersama laksa, banyak jenis wei..



marsitamustafa
Maggi sup
marsitamustafa
Pulut Ayam

Nanti nak pi lagi beli barang dapur, memang murah, kuali 15 inci cap buaya baru RM16, periuk kukus yang sedang tu RM65, kalau kat Padang Besar RM85..toto narita RM37, jom dekat-dekat raya ni pi shopping barang dapur lagi..

Wednesday 11 June 2014

Bas


marsitamustafa
Puduraya

Hampir 5 atau 6 tahun kot tak naik bas, akhirnya haritu kitaorang selamat menaiki bas masa balik kampung, alhamdulillah misi tercapai, sebenarnya nak naik keretapi tapi tiket habis sudah...teringin nak duk yang kabin tu..nanti nak naik jugak..teringin dah ni...

Sekarang ni naik bas dah boleh beli online melalui website ni, http://www.eticketing.my/busoperator.html



Tapi masa aritu nak beli tak lepas-lepas so my husband pi kaunter terus..maklumlah sekarang kan cuti sekolah takut tiket habis...best jugak lah naik bas, almaklumlah dah lama tak naik, paling best my husband la, sebab ada driver katanya, dia tak payah menempuh traffic, boleh tido lena katanya...lena tak lena jugak la, kami duk menyembang je sepanjang jalan..naik siang memang payah sikit nak tido, kalau malam dah selamat sudah..

Cuma yang tak bestnya, kita tak boleh nak berhenti sesuka hati, korang bayangkan kalau 5 minit je masa dia bagi untuk ke tandas, untuk makan 30 minit je..sampai kena hon la jawabnya..hahahahh..dulu masa zaman muda-muda remaja bolehlah tiap-tiap bulan ulang alik Shah Alam - Alor Setar, sekarang ni ceq dah tak daya nak naik bas, sekali sekala boleh la kot, nak lepas gian..hihiiiii

Tuesday 3 June 2014

May Yang Hectic


marsitamustafa

Alhamdulillah, bulan Mei berakhir sudah, bulan yang penuh dengan macam-macam aktiviti, perkara termasuk big & small event...month to be remembered, of course..selain lahir pada bulan ni, my anniversary jugak jatuh pada bulan ni..wahhhh..wahhh...lima tahun sudah usia perkahwinanku, campur tolak hampir sembilan tahun usia perkenalan kami...alhamdulillah..Ya Allah kau berkatilah perkahwinan kami ini sehingga ke Jannah dan moga dikurniakan cahaya mata kepada kami berdua...amiiinnn...

Bulan ni sangat-sangatlah super duper busy nyeeee....bermula dari awal bulan hinggalah ke hujung bulan...bulan ni je tiga kali balik kampung, my father in law tak berapa sihat, keluar masuk hospital..so kalau dikira hampir separuh bulan kitaorang kat kampung rasanya...alhamdulillah dalam kesibukan balik kampung sempat jugak siapkan my 2nd draft proposal...yahooo..aman sikit jiwa bila balik kampung, kalau tak asyik ingat proposal tu je..

Banyak betul aktiviti masa balik kampung, yang paling best nak cerita pasal makan la..huhuhuuu..TERBAIK la..

Mula-mula nak cerita pasal buah pelam, mangga atau pauh, orang utara panggil buah pelam..bulan mei ni memang musim dia la..pelam depan umah mak mertua I pun dah tak larat nak makan, banyak wei..siap bawak balik umah kitaorang lagi..pastu belasah pulak harum manis, tak cukup situ, siap pi beli kat ladang dia lagi...apa nak di kata..hahaaa, pastu ada kenalan kat kampung bagi try buah pelam intan shafinaz, sedap & manis habaq hang..ingat nama orang..rupanya nama buah pelam...ayoooo...pastu makan pulak pelam dengan pulut santan (pulut mangga)...apa nak dikata, tiada kata yang dapat diucap, memang terbaik la..dahla memang hantu pulut kan...bukan setakat dengan pelam, aku makan je pulut dengan semua makanan yang boleh dimakan..jangan nak pelik sangatla ye..dah biasa dari kecik..almaklumlah orang utara memang suka makan pulut..

marsitamustafa
Harum Manis
Pastu destinasi seterusnya mestilah char kuey teow, my favorite tu.. mula-mula nak pi makan kat Adam Char Kuey Teow kat Permatang Pauh masa on the way balik tapi lewat sangat, dah tutup..lain kali la..sempatlah pi makan kat Tok Wi Char Kuey Teow area Beseri kot, on the way jalan nak pi Padang Besar, sorry tak tau nama lokasi sebenar, huhuuu...tapi yang penting sedap, recommended la..

marsitamustafa

Lagi satu, nak cerita pasal nira nipah, sebenarnya jarang-jarang nak dapat nira nipah ni, selalunya dorang jual kat tepi-tepi jalan, tapi kali ni kitaorang pi layan nira nipah ni dekat ladang dia, nama ladang dia Ladang Nipah KIPLI area Kuala Sanglang, jalan tepi laut. Bukan setakat boleh rasa nira nipah, laksa ngan bihun sup pun ada..siap ada pondok tempat makan lagi, pastu kalau dah kenyang korang boleh lah tido dalam buaian pukat yang dorang ikat kat pokok tu..huhhhhh..nyamannyaaa...

marsitamustafa
Ladang Nipah KIPLI
marsitamustafa
Buktinya kami di sini










marsitamustafa
Buai laju-laju
marsitamustafa
Ni la buah nipah
Habis cerita kat kampung, sambung pulak kat umah I, dalam sibuk-sibuk tu boleh pulak mood keusahawanan aku menjelma, projek kuih raya...hahahhahha..apa nak di kata, aku dan dua orang adik iparku akan berpadu tenaga tahun ni jual kuih raya...terbaiklah..sebelum aku last balik kampung untuk bulan Mei, sempatlah kiranya aku buat sample tiga jenis kuih raya..pulun kan..heheheh..

marsitamustafa
Almonds London
marsitamustafa
Chocolate Chips
marsitamustafa
Florentine Crunchy Almonds

Ok la, berakhir sudah aktiviti bulan Mei, bulan Jun fokus balik kepada my proposal & projek kuih raya kami...