Wednesday 26 February 2014

Hard Way, Hard Work, Syukur

Tetiba lak nak bebel pasal ni selepas terjadi satu peristiwa semalam. Nak beri motivasi untuk diri sendiri.

Setiap orang ada nasib masing-masing. Ada yang bernasib baik dan ada yang tidak. Tapi yang penting macam mana kita berhadapan dengannya.

Frankly speaking, I'm not a type of lucky person, i never had a luck in any lucky draw, everything in my life i need to work hard to get it, even though only for just a small thing. That why my philosophy is "work hard and play hard", i just don't believe on easy way because its doesn't work on me at all. Sometimes its frustrated me a lot because i just feel so tiring for trying again and again, believe me, its so hard. BUT i'm being thankful to Allah SWT because of it i learn appreciate things, even though if only a small miracle happen in my life.

Ya ujian itu mengajar saya lebih menghargai dan mensyukuri nikmatNya. Siapalah kita untuk persoalkan semua permasalahan kita kerana janji Allah itu BENAR. Jadi setiap kali saya ditimpa musibah saya akan renungkan ayat-ayat di bawah yang dikongsi di FB Prof Dr Muhaya.

Jom sama kita renungkan. 
1-KENAPA AKU DIUJI?
Surat Al-Ankabut: 2-3“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang- orang yang dusta.”

2-KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Surah Al-Baqarah ayat 216“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

3-KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Surah Al-Baqarah ayat 286“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

4-BAGAIMANA MENGHILANGKAN RASA KEKECEWAAN?
Surah Al-Imran ayat 139“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”

5-SUNGGUH, AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI…!!!!!
Surah Yusuf ayat 87“Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan orang-orang yang kafir."

6-BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPI PERSOALAN HIDUP?
Surah Ali-Imran ayat 200 “Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah kamu beruntung.”

7-APA JAWAPANNYA?
Surah Al-Baqarah ayat 45-46”Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan (shalat) itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (yaitu) mereka yang yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada- Nya.”

8-SIAPA YANG MENOLONG DAN MELINDUNGIKU?

Surah Ali-Imran: 173“Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.”

9-KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Surah At-Taubah ayat 129“Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal,dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy (singgasana) yang agung.”

Renung2 kan setiap hari saat kita berasa hidup ini payah dan hampir tersungkur, bangunlah (peringatan untuk diri sendiri)..its really work on me, Inshaa Allah.


Wednesday 12 February 2014

Politik Oh Politik

Tiba- tiba rasa macam nak komen pasal politik pulak..saya rakyat marhaen ni yang sangat sayangkan negara saya rasa sangat tertekan dengan situasi politik semasa Malaysia..semua bendalah nak dipolitikkan..helo pilihanraya dah berakhir ye, harap maklum..walaupun masih terdapat Ahli-ahli Yang Berhormat (YB) yang bagus dalam memberikan khidmat kepada rakyat yang diwakili tetapi masih terdapat segelintir daripada mereka yang sering memainkan isu dan mempolitikkannya sehingga mencipta suasana yang sangat tidak bagus bagi semua rakyat Malaysia yang berbilang agama, kaum dan budaya ini.

Tapi apa nak dikata, demi kelangsungan politik masing- masing dan kuasa yang didamba-dambakan...manusia hilang rasionalnya bila berbicara dan bertindak, akal fikiran tidak digunakan, baik buruk tidak diperhalusi sehalus-halusnya.. 

Kadang-kadang saya terfikir, tidak sayangkah mereka dengan negara TERCINTA ini, sehingga tindakan mereka seolah-olah sanggup menggadai keharmonian yang telah disemai dan dibina bertahun-tahun lamanya..tapi mungkin juga saya yang tidak bijak menilai dan memahami perjuangan mereka..ENTAHLAH..

Kalau nak berpolitik, berpolitiklah secara bertanggungjawab, silalah bertanggungjawab dengan segala pendapat, pandangan dan tindakan bagi memastikan keharmonian dan keamanan negara TERCINTAKU ini..dengan kepelbagaian agama, kaum, budaya di Malaysia, setiap sensitiviti ini perlulah dijaga..kewujudan Malaysia, seumpama sebuah perkahwinan campur, yang sudah tentulah banyak perbezaan diantara pasangan tersebut..tujuan perkahwinan adalah untuk lengkap melengkapi sesuatu kekurangan tersebut, tetapi sekiranya kita hanya memandang kepada perbezaan dan kelemahan pasangan masing-masing, perkahwinan tersebut susah untuk dikekalkan, mungkin akan berakhir dengan perceraian, di mana anak-anaklah yang akan menjadi mangsa kepada perceraian tersebut..

Pada pendapat saya rakyat marhaen ni, janganlah terlalu taksub dalam memperjuangkan sesuatu pendapat atau pandangan, pahit jangan terus diluah, manis jangan terus ditelan, sedang-sedang sahaja (hiduplah secara wasatiyyah)..

Saya masih menanti politik yang matang daripada sesetengah ahli berhormat kita yang pastinya cerdik pandai dalam memperjuangkan sesuatu isu tersebut.. jangan sampai kami rakyat marhaen ni berputus asa dengan YB sekalian tidak kiralah dari parti pemerintah atau pembangkang. Politik-politik juga, melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan itu yang lebih penting..kita seronok berebut kuasa, tapi mampukah kita menanggung amanah yang dipertanggungjawabkan. Tanggungjawab bukan berakhir dengan tercapainya impian untuk berkuasa tetapi bagaimana melaksanakan tanggungjawab tersebut..FIKIR-FIKIRKANLAH

Tips - Rancang Percutian Anda

Walaupun tak la pakar sangat tapi saya still nak bagi tips atau panduan macam mana nak rancang percutian kita..

Perkara paling penting bajet (bak kata pepatah no money no talk la) hehehe, kita sendiri perlu tau berapa bajet kita, lepas tu barula boleh rancang percutian kita. Bila dah tau berapa bajet, kita kena kenal pasti jenis percutian macam mana yang kita suka..sesetengah orang suka percutian bertemakan alam semulajadi, ada yang suka tempat yang banyak pusat membeli belah, ada yang suka percutian di bandar..ada yang suka bangunan-bangunan cantik, ada yang suka pantai, pulau atau tempat-tempat bersejarah, bersalji, berbukit-bukau dan lain-lain lagi..saya pulak suka semuanya..hahahhh..

Jadi, bila dah confirm, buatla keputusan nak bercuti ke mana dengan ambik kira bajet kita..kalau dalam Malaysia, tak payah guna agent la, tapi kalau ke luar negara mungkin terpaksa la guna.. kalau uolls confident dan pergi banyak hari, bolehlah redah je tak payah guna agent.. baru adventure sikit kan..hihiii..lagi satu sebelum beli tiket flight or booking hotel pastikan tarikh yang nak pergi tu cuacanya ok, cuba semak kat google..bukan apa, takut nanti bila dah sampai tak boleh ke mana-mana disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan...ha kan dah rugi..

Saya beli tiket flight bila ada promosi, jimat sikit, korang boleh guna skyscanner untuk semak harga terendah antara semua operator penerbangan, skyscanner akan provide result menunjukkan harga yang terendah kepada kita, ni link dia http://www.skyscanner.com.my/

 


Kalau nak booking hotel pulak, bolehlah melalui Agoda, ni link dia, www.agoda.com/

 
Harga memang murah kalau dibandingkan beli secara terus dengan hotel, tapi syaratnya kena ada credit card..

Kalau korang ke luar negara, pastikan passport still valid dan pastikan juga samada negara yang nak dilawati tersebut memerlukan syarat penyediaan visa ke tak..kalau perlu korang kena buat awal visa tu..sebab sesetengah negara agak ketat bab pemberian visa ni..

Bila dah beli tiket flight dan hotel, korang dah kena start search tempat-tempat menarik yang wajib dilawati.. tanya je kat pakcik Google.. nanti keluar la review dari orang-orang yang pernah pergi..jangan lupa buat senarai ye, takut lupa nanti..kalau ke luar negara korang carilah agent yang betul-betul boleh dipercayai, jangan sampai kena kelentong pulak..

Ok, bila dah nak dekat tarikh percutian, bolehlah mula aktiviti packing..korang kena bijak bila masuk bab packing barang ni sebabnya kalau tak, memang banyak la yang nak dibawaknya, yela kalau tak bawak takut nanti nak guna pulak (typical ladies betul kan pemikiranku ini), tapi kalau dah terlebih bawak, sakitlah nak membayar luggage, saya selalu bawak t-shirts, seluar jeans, tudung yang tak payah nak iron, kalau jalan pakai kasut yang selesa nak jalan jauh (saya selalu pakai sport shoes, senang nak berjalan), jangan pakai kasut tinggi pulak..hahahhahh.. 

Toiletries tu bawa yang penting je, kalau tak cukup boleh beli nanti..oppsss lupa lak, kalau korang ke luar negara, terutama negara yang susah nak dapat makanan halal, jangan lupa bawak stok maggi ye..maklumlah orang Malaysia ni memang bab makan tak boleh lupa..hihihihiii..

Okla, diharapkan tips ni dapatlah sedikit sebanyak membantu korang rancang percutian yang lebih baik..

Tuesday 11 February 2014

Trip to Kota Kinabalu & Kundasang (Part 2)

Ok kita minum dulu ye sebelum sambung jalan-jalan pada hari kedua di Kundasang.


Kitaorang bersemangat nak pi tengok bunga rafflesia..yela kat sini je kan boleh tengok..memang kitaorang bernasib baik bila dapat tengok bunga rafflesia yang kembang-kembang tu..bukan 1 tapi 5 weiiii...mengikut kata owner rafflesia tu, rafflesia ambik masa 9 bulan untuk kembang macam tu, dah tu hanya hidup lebih kurang 7 hari je sebelum layu dan mati..
Kat sini la kitaorang tengok rafflesia- Kg. Kokob Baru Ranau
Cantik kan rafflesia ni...
Keterujaan dapat tengok rafflesia
Over tak??? hehe
Nak letak jugak gambar ni, owner tu cakap ni labi-labi,cuba korang tengok mata dia, takut tak???
  Dekat poring hot springs ni ada beberapa tempat menarik untuk dilawati, tapi tak sempat la nak pi semua tempat, kitaorang hanya sempat pi hot spring, butterfly farm & canopy walkaway. Tiket masuk ke poring hot spring simpan nanti boleh guna balik masa nak masuk national kinabalu park. Sorry gambar dekat kinabalu park tak de sebab masa tu hujan, ambik gambar guna handphone je masing-masing...
Poring Hot Springs Map


Rama-rama ni jual mahal sangat, susah giler nak ambik gambarnye..
Semangat berselfie..hihii

canopy walk
Akhirnya, Mt. Kinabalu memunculkan dirinya, masa ni dah on the way balik, sebab tu view jauh je..tercapai jugakla hasrat walaupun sebenarnya impian nak tengok masa sunrise or sunset tapi disebabkan cuaca berkabus & hujan, jadiklahhh..hahahhh..ayat pasrah...
Welcome to Pekan Nabalu, ni masa on the way balik
Pompuan kan..shopping tak hingat..tapi kat gerai ni memang murah kalau nak dibandingkan dengan pasar kraftangan di Kota Kinabalu, tak ingat dah gerai no. berapa ntah..pandai-pandaila korang survey nanti..
Rumah terbalik di Tamparuli, ni masa on the way balik dari kundasang, tutup pukul 7pm tau..
Kereta terbalik, tapi plat johor, wah terbalik sampai sabah bah..

Sempat lagi berposing kat jambatan tamparuli on the way ke Kota Kinabalu
Kalau nak makan seafood sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa ditepi pantai, bolehla la ke Tanjung Aru

Kat KK, kitaorang stay dekat Hii5 Hotel, hotel dia okla, yang penting betul-betul tengah bandar, strategik betul, dekat dengan night market & pasar gaya. Next day kitaorang ke Pulau Manukan, naik bot dekat Jesselton Point, 10 or 15 minit je dari hotel kitaorang. Kalau korang nak pi pulau-pulau seperti manukan ke, mamutik ke atau sapi, bolehla naik kat sini. Nasihat saya, beli tiket terus kat kaunter, tak payah guna agent. Kawan saya pernah beli awal melalui agent tapi bila pi kat jeti, lagi murah, siap ada diskaun lagi kalau korang pergi ramai-ramai la..Kitaorang pergi satu pulau je, sebab mengejar masa..kalau ada masa lebih pergi la pulau-pulau lain..

Pulau Manukan, panas ooo...
View yang sangat cantik..
Hari terakhir di KK, disebabkan urusan shopping menyopping (hahahha..rosak bahasa) kitaorang habeh awal, nak tunggu flight kul 6.40 pm, jadi kitaorang pi merayau kejap area KK yang masih tak pi. Sempatlah pi ke Signal Hill Observatory atau Menara Pemerhati located at Bukit Bendera. Ingat Penang je ada Bukit Bendera, Sabah pun ada bah....okla jugak view dia, tak tinggi sangat bukitnye..nak bergambar kat Menara Jam Atkinson pun ok jugak, terletak berdekatan padang merdeka, masa kitaorang pi, padang tu tengah dibaiki.
View from Signal Hill Observatory or Menara Pemerhati
Pastu, kitaorang ke muzium sabah dan kampung warisan. Kat muzium tu tak boleh bergambar, kat kampung warisan tu je boleh ambik gambar. Tapi masa ni, mood bergambar dah takde dah, penat berjalan, tak sabar nak BALIK dah ooiiii, tapi sempat lak beli rantai yang manik-manik tu, hahahhh..



Ok, kita review sikit bab shopping...kitaorang shopping dekat beberapa tempat, dekat pekan nabalu, night market, pasar gaya, pasar kraftangan (pasar filipina). Sebenarnya, sorry to say, key-chain ke baju ke mutiara ke dekat pasar kraftangan agak mahal compare dekat night market, pasar gaya atau pekan nabalu, sebab tu kitaorang tak beli pun, tapi kalau nak beli barang-barang makanan laut okla, sebab kitaorang tak tau tempat lain..tau kat situ je..hehehe..sebenarnya pasar filipina ni tempat tumpuan pelancong sebab tula harga agak mahal sikit kot...

Kalau korang bernasib baik, korang pi la ke pasar gaya, pasar tu buka hari ahad je..pasar ni jual macam-macam, dari makanan hinggalah ke binatang..barang keperluan rumah pun ada..memang best la...kitaorang beli set wallet yang ada tulis sabah tu RM18 je compare dekat pasar filipina RM28..

Sebenarnya, ada sesetengah barang yang murah dan ada yang kat tempat lain lagi murah..ikut nasib la sebenarnya..

Ni la pasar kraftangan..
Ni masa shopping dekat night market, rambang mata tengok mutiara...
Ni la pasar mingguan gaya, buka hari ahad je..
Burung ni pun ada jual dekat pasar gaya ni..
Posing tengah panas weiii..
Ni la hasil shopping makanan laut dekat pasar filipina..
Okla, sampai disini saja review pasal trip to kota kinabalu & kundasang..memang best la..tak rugi pi..malaysia pun banyak tempat-tempat yang menarik..jom Mabul pulak..cuti-cuti Malaysia...

Thursday 6 February 2014

Trip to Kota Kinabalu & Kundasang (Part 1)


Cuti-cuti Malaysia pembuka tirai tahun 2014...jom sabah bah...

Sebenarnya kitaorang plan nak pi tempat lain tapi biasalah, disebabkan last minute planning, kelam kabut sikit, so tukar plan pi sabah (macam la selama nie selalu plan awal kan)..hahahh..my friend pun dah bising, asyik ajak dia last minit ja..hihihi..ampun ya, my husband kan kononnye sibuk la sangat, terpaksa ikut masa dia, sebab tula tak berani nak plan awal..


Mula-mula, ingat nak pi berdua tapi macam tak best je..yela kalo pi honeymoon okla berdua kan..so bermulalah sesi melobi family ngan kawan-kawan..akhirnya dua orang adik ipar i decide to join us..yeaaaayyyyy...the more the merrier..


Percutian 4 hari 3 malam kat sabah memang best la..so kat entry ni saya kongsikan tempat-tempat menarik di Kota Kinabalu & Kundasang yang kitaorang sempat lawati...sabah memang banyak tempat best, memang tak sempat la nak melawat semua, nanti kita pi lagi ye..


Ok jom kita layan gambar-gambar ni..credit to my husband melayan aksi giler kitaorang berposing, pantang nampak kamera...hihihiiii...


Oppss lupa lak nak bagitau, kitaorang tak pakai travel agent..main redah jer guna maps..sewa kereta dekat Tracy (kawan my husband punya kawan), dapatlah murah RM90 sehari for viva manual, sebelum tu my husband ada survey & call agent rental car, standard rate for viva is RM120..so dapatlah jimatkan...hihii..maklumlah namanya pun budget travel..selagi boleh berjimat kan..


Sebab tu pentingnya korang rancang perjalanan korang (plan your trips), paling penting know your own budget, identify interesting or attractive place that must see or go..saya dah siap-siap list down dalam my travel notebook the place must go...supaya tidak tercicir..bukannya selalu kan boleh berjalan ke tempat orang, selagi larat korang berjalan la..balik hotel untuk tido je ye..sebab tu kitaorang tak berapa nak kisah sangat bab-bab hotel ni..janji hotel tu cukup kemudahan asasnya..


Model my sister in law

Hari pertama & kedua kitaorang ke Kundasang and stay dekat Sonny Village Lodge..bilik kitaorang mengadap mt. kinabalu tapi disebabkan cuaca yang sangat berkabus & hujan maka tidak dapatlah melihat view mt kinabalu itu..sangatlah kiciwa..kalau korang pun budget travel macam kitaorang, hotel ini sangat lah sesuai & harga berbaloi2 uolls..harga utuk family room for 4 person RM180 net semalam (i buy through agoda) & bilik dia sangat bersih & cantik..

















Kalau dah sampai sini, ni la tempat wajib kena lawati, Desa Dairy Farm (area mesilau) 10 or 15 minutes from pekan kundasang..view dia sangat cantik, ala-ala new zealand gitu..rugi kalau tak pi...


proses perah susu lembu..lembu tu pun pandai posing gitu...

Kami berdua

Pemandangan yang sangat cantik



Ha jangan tak tau, kalau nak main golf pun boleh kat kundasang ni, murah je, korang pakai selipar pun boleh main...hihii



Kemudian kitaorang ke sini..Kundasang War Memorial, pukul 5.00 pm dah tutup tau, tempat peringatan mangsa perang, tentera australia yang terkorban masa perang dengan tentera jepun dulu, selain belajar sejarah korang boleh tengok garden view yang cantik-cantik..





Ok berakhirlah hari pertama di Kundasang..hari kedua sambung kat next entry plak ye..dah penuh dah..semak lak tengok..hehehe