Monday 23 September 2019

Noxxa Sardin Homemade

Hi uolss. Hari ni sis nak sharing cara nak masak sardin sendiri guna periuk ajaib CIK NOXXA kita.

Bahan-bahan:
5 ekor Ikan sardin/ makarel saiz besar
1 biji Bawang holland
1 biji Tomato (boleh ganti dgn paste tomato)
1/2 cawan cili kisar
Sedikit sos cili
Asam jawa (sebesar syiling 50 sen)
Garam & serbuk perasa


Cara-cara:
  1. Panaskan periuk noxxa. Tekan STIR FRY. Letak minyak panas, bila minyak dah panas, masukkan bawang, tumis hingga layu.
  2. Kemudian masukkan cili kisar, tumis hingga naik minyak & boleh masukkan air asam jawa.
  3. Kemudian masukkan tomato yang telah dihiris/  dipotong dadu. 
  4. Masukkan sos cili bersama garam serta serbuk perasa.
  5. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah dipotong dua. Kemudian, tutup periuk dgn penutup, tekan HP, set masa 75-90 minit, alihkan tombol ke PRESSURE & jangan lupa tekan ON. Biarkan & sambil tu korang pi la lipat baju or layan cerita korea 


Taraaa.. hasil my homemade sardin

Bahan-Bahannya


Rasa sardin homemade ni memang sebijik macam yang dalam tin tu, try la. Makan la tanpa WAS-WAS. Kawan sis siap buat jual lagi sardin ni. Meh sini sis share gambar homemade sardin sis buat.


Kalau periuk noxxa model baharu:
  • pilih mode yang paling dekat dgn 75-90 minit tu. Kalau sis, sis akan pilih mode no. 1 iaitu BROTH, pastu sis tekan ➕ sampai la antara 75 minit - 90 minit (ni ikut suka korang, sis pilih 80 minit, just nice keempukan isi ikan tu). Pastu tutup penutup & jangan lupa alihkan tombol ke PRESSURE. Periuk noxxa model baharu ni tak perlu risau nak tekan ON bagai sebabnya once uolss dh set mode, dalam tempoh 4 saat, periuk akan ON sendiri. Senang kan..
Ni NOXXA baru. Banyak mode boleh tekan-tekan sahaja. Yang belum ada, MEH la risik2 CIK NOXXA ni..


Kalau berkenan dengan CIK NOXXA ni, meh la risik-risik di www.wasap.my/60126810089


ALLANO LOTION - First Aid Lotion

Allano merupakan first aid lotion yang WAJIB ada di rumah untuk sebarang kecemasan pada tubuh anda!!!!

Kenapa ye???sebab sis sendiri dah guna. Asalnya beli untuk pakai bila eczema menyerang. Alhamdulillah sesuai dengan sis dengan izinNya. Kemudian sis kan konon-konon nak fit dan kurus gitu, pastu sis start la walking & joging dalam 6KM, 3 kali seminggu, tengok-tengok kaki dah melecet dan merekah gitu, apalagi menggelabah la uolss..so sis start pakai lotion ni, memang berkesan untuk sis. Nak tunjuk testimoni aurat pulak uolss..

Allano lotion ni memang banyak kegunaannya. Antaranya:
  • Melindungi, melembutkan & menghaluskan kulit tangan, kaki & badan yang kering, kasar & pecah
  • Melindungi kulit dari kehilangan kelembapan
  • Diperkayakan dengan Allantoin yang mengandungi anti-wrinkle properties (Internal Research by Ellead Skin Research Center, Korea) untuk lembutkan dan memelihara kulit
  • Terkena minyak panas (terus sapu dengan lotion ni tau, InsyaAllah tak berparut)
  • Kulit melecet
  • Membantu kurangkan rengsa
  • Hilangkan parut akibat eczema, chicken pox atau strech mark

ALLANO HAND & BODY LOTION





Sekarang ni sis dah jadikan pakai lotion ni sebagai rutin harian. Sebelum pergi kerja, sis sapu pada tangan dan kaki & sis pakai stokin & alhamdulillah kaki memang tidak berbau, sebab sis ni spesies kaki berpeluh & sokin memang wajib tukar setiap hari gitu.

Sis sharing apa yang sis guna ye. Memandangkan sis percaya pada produk ni, sis berani sharing dengan uolss ye. 


Kalau BERMINAT, uolss boleh WA sis www.wasap.my/60126810089. COD area Putrajaya & boleh courier ke seluruh Malaysia

Sunday 9 November 2014

Semangat yang Hilang

Berakhir sudah Oktober, banyak betul benda terjadi, minggu terakhir oktober adalah my proposal defend...huhu..rasa macam berakhirnya satu mimpi ngeri..terasa separuh nyawaku pergi..chewahhh..hahahhh

Tengah mencari sisa-sisa kekuatan untuk teruskan perjuangan masterku ini..perjuangan melawan diri sendiri, kadangkala tersungkur jua, hanya kekuatan darimu Ya Allah yang membantuku teruskan perjuangan ini.

Ya, perjuangan perlu diteruskan, pantang dalam kamus hidupku mengalah dalam perjuangan..cuma  kadangkala ia memerlukan R&R untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang telah ditetapkan...

Yessss...press the button and start over again. November please be nice ya.....

 

Tuesday 21 October 2014

Resepi Pound Cake- Kek Minyak, Butter, Marble, Pelangi, Oren

Kita simpan lagi resepi kat sini ye, sebab resepi ni simple gile, guna ukuran cawan je, satu resepi untuk pelbagai jenis kek di atas. Sesuai sangat untuk orang yang ala-ala rajin macam ceq ni.

Asasnya kek butter, kalau kat dapur tu tak de butter, ganti je dengan minyak atau marjerin, so bila dah bahan utama bertukar, nama kek tu pun bertukarlah, dari kek butter jadilah kek minyak atau marjerin..senangkan..tak payah pening-pening, tapi rasa kek akan lain sikit la, kalau guna minyak, kek nya kurang lemak sikit..aku paling suka guna butter..lemak gitu..nyummm..nyummm..

Pastu dengan menggunakan resepi yang sama korang boleh jadikan adunan tersebut sebagai kek marble dengan hanya mengasingkan adunan menjadi dua adunan, satu adunan diletak chocolate emulco, kalau suka rasa mocha, masukkan sedikit bersama adunan, lagi satu adunan tu biar je plain macam tu..selang selikan adunan masa masukkan dalam loyang..pastu ambik pencukil gigi & larik-larikkan.

Selain itu adunan tersebut jugak boleh dijadikan kek pelangi, korang hanya asingkan adunan kepada beberapa bahagian, letakkan warna ikut suka hati korang..pastu ulang step kat atas..siap sudah

Kalau rasa nak makan kek orange, tambah je 1 biji orange..sonang kan

Aku memang suka makan kek yang simple-simple macam ni, boleh makan berulang-ulang compare kalau kek yang beraising bagai, memang satu potong dah stop, biasalah tekak orang kampung makan kek..hahahhahhh..dah tu cara buat pun senang ja...

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum / tepung kek (kalau pakai tepung kek dah tak payah tambah baking powder)
1 sdt baking powder
4 biji telur
1 cawan gula kastor
1 buku butter (250gm) / marjerin  / 1 cawan minyak
1sdt esen vanila
1/2 cawan susu full cream
1 sdt ovallet (optional) - pastikan ada cop halal ye. Ia menjadikan kek lebih gebu

Optional mengikut jenis kek:
- Untuk kek orange - tambah 1 biji orange (kulit diparut & diambil jus nya). Kalau takde orange, boleh guna dalam 4-6 sdb (1/2 cawan) pati orange sunquick. Saya tak tambah pape pewarna atau perisa oren. Sedap & gebu sangat, rasa fresh je bau kulit oren tu...nyummm..nyummmm

Kek Oren Gebu Gebas

- Untuk kek marble - tambah 2 sdt chocolate emulco. Optional - 1/2 sdt perisa mocha (kalau suka)

Kek Marble Mocha

- Untuk kek pelangi - guna pelbagai jenis pewarna

Kek Pelangi

Cara-Cara:

1. Pukul butter/marjerin bersama gula sehingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebijik. Pukul lagi sehingga menjadi sedikit keputihan. Masukkan sekali esen vanila & ovallet. Kalau buat kek orange, pukul sekali parutan kulit orange bersama adunan butter. Kalau guna minyak hanya pukul gula bersama telur, kemudian baru masukkan minyak.
2. Ayak tepung bersama baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan butter tadi. Masukkan susu. Kalau kek oren, jangan lupa masukkan jus oren yang telah ditapis. Kemudian kacau guna senduk sehingga sebati.
3. Sediakan loyang, sapukan sikit dengan minyak atau butter, masukkan adunan & bakarlah suhu 180c selama 40-50 minit.

Taraaa..siap sudah, 1 jenis resepi untuk pelbagai jenis kek..
Untuk hiasan, ikut suka hati korang la, boleh letak almonds flakes ke chocolate rice ke atau taburkan je dengan icing sugar atau tak payah letak pape pun ok je...

Semua jenis kek di atas, ceq dah try ye guna resepi ni je..ada pelbagai resepi & cara sebenarnya tapi untuk orang yang ala-ala rajin, resepi di atas amatlah sesuai..

Selamat mencuba!!!!!

Monday 13 October 2014

Resepi Carrot Cake

Resepi ni ambik dalam satu blog tu tapi dah tak ingat dah blog mana. Terima kasih ye tuan empunya diri, ilmu tak rugi sekiranya dikongsi. Semoga Allah membalas segala kebaikanmu. Dah banyak kali try dah tau, memang TERBUKTI lah..sampai tetamu-tetamu masa open house raya request resepi ni la..hehehee

Tapi biasa lah ceq ni memang suka menderhaka sikit dari resepi asal, ikut selera masing-masing la, bukan apa resepi kek biasanya manis-manis belaka, ceq memang tak berapa suka makan manis-manis, so resepi tersebut telah dikurangkan sikit kuantiti gulanya tapi kek kalau kurang manis sangat pun tak sedap jugak, pernah try dulu, last-last kek tu selamat dalam tong sampah...huhuuuu..

So kita simpan resepi ni kat sini ye, takut terhilang plak..sebab kek ni sedap sangat & teramatlah senang nak buat guna ukuran cawan je & tak payah keluarkan mixer uolls ye, guna senduk je...nyummm..nyummmm.. 

Bahan-bahan:

2 atau 2 1/2 cawan parutan carrot
4 biji telur (suhu bilik)
1 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan gula kastor atau gula perang (kalau guna gula putih tu, letak 1 cawan dah cukup)
2 cawan tepung gandum
1 sdt soda bikarbonat
1 1/2 sdt baking powder
1/2 sdt serbuk kayu manis
1 sdt esen vanila
1/2 sdt garam (saya tak letak)
1 cawan walnut dicincang

Cara-caranya:

1. Tepung gandum, soda, baking powder, serbuk kayu manis, garam di ayak bersama & ketepikan.
2. Telur dipukul bersama gula, guna senduk kayu je, kemudian masukkan minyak, kacau sehingga sebati. Kemudian masukkkan bahan yang diayak kedalam adunan, kacau sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan esen vanila, parutan carrot & walnut cincang ke dalam adunan & gaul sehingga sebati.
4. Sapukan minyak pada loyang. Bakar pada suhu 185c selama 40 minit.

Taraaa..dah siap

My favourite cake

Memang SEDAPPPP sangat..tak payah frosting dengan cheese pun tak pe. Saya suka makan macam tu je...



Minuman Detoks

Simpan resepi minuman detoks ni kat sini sat..

Haha..ambik, berdetoks baq hang..harap maklum, sejak dua menjak ni, ramai sangat dah menegur, depa kata ceq berisi sikit..bukan sikit aih, banyak woo..9 kg naik wei..banyak baju memang tak muat dah, tambah-tambah baju kurung moden, selamat la bersemadi dalam gerobokku..tunggu ye kesayangan semua nanti ceq pasti kurus semula...huhuhu...

Nak start berdiet punyalah seksa, asyik postpone je..hahahhh..selain exercise, makanan kena jaga gak..tapi bab makan ni memang tak berapa boleh control sangat..selera tak hingat. So salah satu cara dengan berdetoks la. Detoks ni baik untuk jaga kesihatan dan membantu mengurangkan berat badan. Sebenarnya dengan minum air kosong yang banyak pun dah boleh, tapi nak try jugak buat air detoks sendiri, tengok macam best je, terliur wei...

Secara basic, beberapa jenis buah dipotong, selalunya buah yang kaya dengan vitamin c seperti oren, lemon, limau nipis (bertujuan menukarkan lemak kepada tenaga) & timun (memberikan rasa kenyang). Buah-buahan tersebut dicampur dengan  daun pudina direndam dalam air kosong dan disimpan dalam peti ais, pastu minumlah..kalau nak lagi efektif, minum je macam tu, tak payah nak tambah gula, tapi kalau tak tahan dengan rasa kosong tu, tambah la gula ke madu ke..

Ni minuman detoks yang saya buat, saya letak buah oren, lemon & halia je (bahan tu je yang ada, nanti nak buat lain la), potong nipis-nipis, letak dalam botol atau jug, masukkan air, biarkan dekat luar kejap pastu baru masukkan dalam peti ais..taraa..boleh la minum, memang tak sedap sangat pun tapi demi kesihatan, ku gagahkan jua..saya minum macam tu je tak tambah gula atau madu pun, saya minum pagi dan malam..depends korang la nak letak buah apa & nak minum berapa kali sehari..


Dah beberapa kali minum baru teringat nak ambik gambar, nampak orange je

Petua putihkan gigi

Simpan petua ni kat sini ye, petua ni viral kat fb sekarang ni, jimat wei compare nak beli whitening teeth. Boleh refer kalau lupa nanti, biasalah semangat membara ceq ni sat je, nanti-nanti bila penyakit malas mai, apa pun tak boleh nak buat;-)..huhuuhu..
Simple je caranya, ambik soda bikarbonat letak dalam bekas, 1 sudu kecik dah ok, depends korang la nak banyak atau sikit, pastu sepotong limau nipis atau lemon, perahkan atas soda, ambik berus gigi & gosok la..taraaa..siap..

Dah try tau, okla, gigi jadi lebih bersih dan rasa macam putih sikit..hehehe...almaklumlah bila dah dilahirkan dengan gigi cam gini tak boleh la nak perasan macam fazura..hehehe..pape pun saya bersyukur dengan kurniaannya...