Tuesday 13 May 2014

Bertambah Lagi Umurku

Alhamdulillah selamat menyambut ulangtahun kelahiranku pada hari ini (13 Mei)..maka bertambahlah lagi umurku..

Tiada yang lebih istimewa melainkan ucapan dan ingatan semua kepada saya yang membuatkan diriku terasa begitu istimewa sekali hihiii..

Terima kasih semua. Sayang semua mmmuuuuuahhhhhh....

Wednesday 7 May 2014

Harum Manis


Aduhai, musim harum manis ni buat ceq terliuq ja...kawan-kawan asyik post kat facebook or instagram ja..

Harum manis ni berbuah setahun sekali sahaja, iaitu sekitar bulan April - Mei, pastu tunggu tahun depan la plak kalau teringin nak makan..

Buah ni mahal sikit, harganya sekilo RM20-25 sekilo kalau beli dekat perlis la, kalau kat KL agak mahal jugak la....sekilo dapatlah 2 atau 3 biji ja..

Kalau orang utara, depa makan buah ni dengan pulut santan, aduuuhhh, memang sedap hingga menjilat pinggan la..

Disebabkan kesedapan buah ni, orang sanggup bayar walaupun harga dia agak mahal, disebabkan penawaran yang agak terhad, ada jugak peniaga yang mula mengambil kesempatan menipu..saya dah terkena, beli sekilo lebih RM28 dekat tepi-tepi jalan sepanjang jalan dari Sanglang nak ke Perlis...masa dia bagi rasa, memang meleleh la, tapi bila beli balik umah kupas, adoiiyaa..masam gilak..apa pun tak boleh..memang frust gile la..peniaga macam tu pun ada..sedih ooooooo....sampai hati dia telah mempermainkan hati & perasaan saya...huhuuu...

Nasib baik tak beli banyak, kawan-kawan order dekat 20 kilo, trauma terus nak beli tepi jalan..nasib baik la Pak Long saya kenal orang yang ada ladang harum manis, dapatlah kiranya matlamat saya & kawan-kawan saya tercapai...harap-haraplah rasa dia ok..



Monday 5 May 2014

KEREK bukan GEREK

Macam-macam perangai manusia...sedikit pangkat, jawatan, harta kekayaan, ilmu dah nak KEREK..tak salah la kongsi sikit ilmu pengetahuan tu..bukan boleh jatuh bankrupt pun...

Jauh perjalanan, luas pandangannya..semua tu bukan milik kita pun, pinjaman semata-mata, kadang-kadang kita diuji dengan semua tu, kita je yang kadang-kadang tak sedar..buat kerja secara ikhlas kerana kita dibayar untuk buat kerja tersebut..kalau ada sebarang persoalan sila jawab dengan selayaknya..

kadang-kadang tak berapa paham dengan sesetengah orang yang menjalankan tugas dan tanggungjawab yang sememangnya menjadi tanggungjawab dan amanah mereka pun..

Peringatan untuk diri sendiri..

Thursday 1 May 2014

Selamat Hari Pekerja 2014

Sibuk jugak nak ucapkan selamat hari pekerja, walaupun diri sendiri tengah cuti belajar...

Tiba-tiba rasa nak tukar profesion menjadi seorang pendidik..tak tau kenapa..tapi perasaan tu kuat sangat bila tengah sambung belajar ni..

Dulu arwah mak saya suruh jadi cikgu, saya tak nak, rasa macam takut, takut tak tahu dan tak tahan nak handle perangai budak-budak zaman sekarang..hahahahhh..sebenarnya takut dapat balasan sebab dulu pernah buat perangai dengan cikgu masa zaman belia remaja dulu..dulu la kan..sekarang dah OK...heheheh..

Lagi satu alasan tak masuk akal aku adalah sebab ramai pensyarah-pensyarah aku walaupun umur dah 50 tahun lebih tapi serius tak nampak tua langsung, ingatkan awal 40-an gitu..agaknya kalau jadi pensyarah memang akan nampak muda ke..hahahah..macam tu nak jadi pensyarah la..sebab nak nampak muda...hahahah..menangis korang dengar alasan tak logik aku ni..

Ok la dah bye, kang lagi merapu meraban lak..
Mood: bengong sikit sebab nak kena buat proposal balik...


Alhamdulillah

Alhamdulillah, siap chapter 1,2 & 3 proposal ku..dah hantar & telah disemak & telah dipulangkan semula dengan pindaan yang banyak...hahahhahh..sabar jela..

Its ok babeh...chaiyookkk...u can do it...

supervisor suruh aku pinda sikit tajuk aku..of course la bila dah pinda tajuk, point dalam-dalam tu pun kena tukar & ditambah...

takpa..BERUSAHA LAGI...

USAHA TANGGA KEJAYAAN