Monday 16 June 2014

Wang Kelian


marsitamustafa
Sampai dah Thailand
marsitamustafa
Sila abaikan gambar orang-orang berkenaan, tak kenal pun, nak signboard Wang Kelian tu je
Kononnya May would be my last trip to Kedah, rupanya on June i still balik kampung, hahahhh... Balik kali ni, sempatlah kitaorang pi Wang Kelian, nama je orang Kedah, tapi Wang Kelian pun tak pernah jejak..huhuuu..nak ke sana senang je, korang follow je signboard..sonang cerito..

marsitamustafa
Kedai-kedai kat sepanjang jalan

Best jugak, barang memang murah compare to Padang Besar. Wang Kelian terletak sempadan Perlis - Thailand. Tapi hari Ahad je boleh masuk sampai Thailand, tu yang murah tu. Korang boleh masuk je walaupun tak de passport ke border pass ke, memang dibenarkan. Kedai-kedai buka dari pagi sampai petang, makcik jual tu bagitau buka sampai pukul 6 petang, pastu korang shopping la sampai lebam..hahahhah..tapi sebelum ke Wang Kelian, korang bawak la duit siap-siap sebab kat situ tak de ATM machine, tapi makcik jual tu bagitau, dorang dalam perancangan nak letak ATM machine (haha, sempat lagi kitaorang interview makcik tu, macam-macam soklan kitaorang tanya, peramah je makcik tu jawab)

Selain shopping, makanan pun not bad la..bab makan ni memang aku suka..hahaha

marsitamustafa
Beli air RM2.50 dapat bekas ni sekali

marsitamustafa
Laksa siam, ulam-ulaman makan bersama laksa, banyak jenis wei..



marsitamustafa
Maggi sup
marsitamustafa
Pulut Ayam

Nanti nak pi lagi beli barang dapur, memang murah, kuali 15 inci cap buaya baru RM16, periuk kukus yang sedang tu RM65, kalau kat Padang Besar RM85..toto narita RM37, jom dekat-dekat raya ni pi shopping barang dapur lagi..

No comments:

Post a Comment