Wednesday, 12 February 2014

Politik Oh Politik

Tiba- tiba rasa macam nak komen pasal politik pulak..saya rakyat marhaen ni yang sangat sayangkan negara saya rasa sangat tertekan dengan situasi politik semasa Malaysia..semua bendalah nak dipolitikkan..helo pilihanraya dah berakhir ye, harap maklum..walaupun masih terdapat Ahli-ahli Yang Berhormat (YB) yang bagus dalam memberikan khidmat kepada rakyat yang diwakili tetapi masih terdapat segelintir daripada mereka yang sering memainkan isu dan mempolitikkannya sehingga mencipta suasana yang sangat tidak bagus bagi semua rakyat Malaysia yang berbilang agama, kaum dan budaya ini.

Tapi apa nak dikata, demi kelangsungan politik masing- masing dan kuasa yang didamba-dambakan...manusia hilang rasionalnya bila berbicara dan bertindak, akal fikiran tidak digunakan, baik buruk tidak diperhalusi sehalus-halusnya.. 

Kadang-kadang saya terfikir, tidak sayangkah mereka dengan negara TERCINTA ini, sehingga tindakan mereka seolah-olah sanggup menggadai keharmonian yang telah disemai dan dibina bertahun-tahun lamanya..tapi mungkin juga saya yang tidak bijak menilai dan memahami perjuangan mereka..ENTAHLAH..

Kalau nak berpolitik, berpolitiklah secara bertanggungjawab, silalah bertanggungjawab dengan segala pendapat, pandangan dan tindakan bagi memastikan keharmonian dan keamanan negara TERCINTAKU ini..dengan kepelbagaian agama, kaum, budaya di Malaysia, setiap sensitiviti ini perlulah dijaga..kewujudan Malaysia, seumpama sebuah perkahwinan campur, yang sudah tentulah banyak perbezaan diantara pasangan tersebut..tujuan perkahwinan adalah untuk lengkap melengkapi sesuatu kekurangan tersebut, tetapi sekiranya kita hanya memandang kepada perbezaan dan kelemahan pasangan masing-masing, perkahwinan tersebut susah untuk dikekalkan, mungkin akan berakhir dengan perceraian, di mana anak-anaklah yang akan menjadi mangsa kepada perceraian tersebut..

Pada pendapat saya rakyat marhaen ni, janganlah terlalu taksub dalam memperjuangkan sesuatu pendapat atau pandangan, pahit jangan terus diluah, manis jangan terus ditelan, sedang-sedang sahaja (hiduplah secara wasatiyyah)..

Saya masih menanti politik yang matang daripada sesetengah ahli berhormat kita yang pastinya cerdik pandai dalam memperjuangkan sesuatu isu tersebut.. jangan sampai kami rakyat marhaen ni berputus asa dengan YB sekalian tidak kiralah dari parti pemerintah atau pembangkang. Politik-politik juga, melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan itu yang lebih penting..kita seronok berebut kuasa, tapi mampukah kita menanggung amanah yang dipertanggungjawabkan. Tanggungjawab bukan berakhir dengan tercapainya impian untuk berkuasa tetapi bagaimana melaksanakan tanggungjawab tersebut..FIKIR-FIKIRKANLAH

No comments:

Post a Comment