Wednesday 12 February 2014

Tips - Rancang Percutian Anda

Walaupun tak la pakar sangat tapi saya still nak bagi tips atau panduan macam mana nak rancang percutian kita..

Perkara paling penting bajet (bak kata pepatah no money no talk la) hehehe, kita sendiri perlu tau berapa bajet kita, lepas tu barula boleh rancang percutian kita. Bila dah tau berapa bajet, kita kena kenal pasti jenis percutian macam mana yang kita suka..sesetengah orang suka percutian bertemakan alam semulajadi, ada yang suka tempat yang banyak pusat membeli belah, ada yang suka percutian di bandar..ada yang suka bangunan-bangunan cantik, ada yang suka pantai, pulau atau tempat-tempat bersejarah, bersalji, berbukit-bukau dan lain-lain lagi..saya pulak suka semuanya..hahahhh..

Jadi, bila dah confirm, buatla keputusan nak bercuti ke mana dengan ambik kira bajet kita..kalau dalam Malaysia, tak payah guna agent la, tapi kalau ke luar negara mungkin terpaksa la guna.. kalau uolls confident dan pergi banyak hari, bolehlah redah je tak payah guna agent.. baru adventure sikit kan..hihiii..lagi satu sebelum beli tiket flight or booking hotel pastikan tarikh yang nak pergi tu cuacanya ok, cuba semak kat google..bukan apa, takut nanti bila dah sampai tak boleh ke mana-mana disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan...ha kan dah rugi..

Saya beli tiket flight bila ada promosi, jimat sikit, korang boleh guna skyscanner untuk semak harga terendah antara semua operator penerbangan, skyscanner akan provide result menunjukkan harga yang terendah kepada kita, ni link dia http://www.skyscanner.com.my/

 


Kalau nak booking hotel pulak, bolehlah melalui Agoda, ni link dia, www.agoda.com/

 
Harga memang murah kalau dibandingkan beli secara terus dengan hotel, tapi syaratnya kena ada credit card..

Kalau korang ke luar negara, pastikan passport still valid dan pastikan juga samada negara yang nak dilawati tersebut memerlukan syarat penyediaan visa ke tak..kalau perlu korang kena buat awal visa tu..sebab sesetengah negara agak ketat bab pemberian visa ni..

Bila dah beli tiket flight dan hotel, korang dah kena start search tempat-tempat menarik yang wajib dilawati.. tanya je kat pakcik Google.. nanti keluar la review dari orang-orang yang pernah pergi..jangan lupa buat senarai ye, takut lupa nanti..kalau ke luar negara korang carilah agent yang betul-betul boleh dipercayai, jangan sampai kena kelentong pulak..

Ok, bila dah nak dekat tarikh percutian, bolehlah mula aktiviti packing..korang kena bijak bila masuk bab packing barang ni sebabnya kalau tak, memang banyak la yang nak dibawaknya, yela kalau tak bawak takut nanti nak guna pulak (typical ladies betul kan pemikiranku ini), tapi kalau dah terlebih bawak, sakitlah nak membayar luggage, saya selalu bawak t-shirts, seluar jeans, tudung yang tak payah nak iron, kalau jalan pakai kasut yang selesa nak jalan jauh (saya selalu pakai sport shoes, senang nak berjalan), jangan pakai kasut tinggi pulak..hahahhahh.. 

Toiletries tu bawa yang penting je, kalau tak cukup boleh beli nanti..oppsss lupa lak, kalau korang ke luar negara, terutama negara yang susah nak dapat makanan halal, jangan lupa bawak stok maggi ye..maklumlah orang Malaysia ni memang bab makan tak boleh lupa..hihihihiii..

Okla, diharapkan tips ni dapatlah sedikit sebanyak membantu korang rancang percutian yang lebih baik..

No comments:

Post a Comment