Sunday, 9 November 2014

Semangat yang Hilang

Berakhir sudah Oktober, banyak betul benda terjadi, minggu terakhir oktober adalah my proposal defend...huhu..rasa macam berakhirnya satu mimpi ngeri..terasa separuh nyawaku pergi..chewahhh..hahahhh

Tengah mencari sisa-sisa kekuatan untuk teruskan perjuangan masterku ini..perjuangan melawan diri sendiri, kadangkala tersungkur jua, hanya kekuatan darimu Ya Allah yang membantuku teruskan perjuangan ini.

Ya, perjuangan perlu diteruskan, pantang dalam kamus hidupku mengalah dalam perjuangan..cuma  kadangkala ia memerlukan R&R untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang telah ditetapkan...

Yessss...press the button and start over again. November please be nice ya.....

 

Tuesday, 21 October 2014

Resepi Pound Cake- Kek Minyak, Butter, Marble, Pelangi, Oren

Kita simpan lagi resepi kat sini ye, sebab resepi ni simple gile, guna ukuran cawan je, satu resepi untuk pelbagai jenis kek di atas. Sesuai sangat untuk orang yang ala-ala rajin macam ceq ni.

Asasnya kek butter, kalau kat dapur tu tak de butter, ganti je dengan minyak atau marjerin, so bila dah bahan utama bertukar, nama kek tu pun bertukarlah, dari kek butter jadilah kek minyak atau marjerin..senangkan..tak payah pening-pening, tapi rasa kek akan lain sikit la, kalau guna minyak, kek nya kurang lemak sikit..aku paling suka guna butter..lemak gitu..nyummm..nyummm..

Pastu dengan menggunakan resepi yang sama korang boleh jadikan adunan tersebut sebagai kek marble dengan hanya mengasingkan adunan menjadi dua adunan, satu adunan diletak chocolate emulco, kalau suka rasa mocha, masukkan sedikit bersama adunan, lagi satu adunan tu biar je plain macam tu..selang selikan adunan masa masukkan dalam loyang..pastu ambik pencukil gigi & larik-larikkan.

Selain itu adunan tersebut jugak boleh dijadikan kek pelangi, korang hanya asingkan adunan kepada beberapa bahagian, letakkan warna ikut suka hati korang..pastu ulang step kat atas..siap sudah

Kalau rasa nak makan kek orange, tambah je 1 biji orange..sonang kan

Aku memang suka makan kek yang simple-simple macam ni, boleh makan berulang-ulang compare kalau kek yang beraising bagai, memang satu potong dah stop, biasalah tekak orang kampung makan kek..hahahhahhh..dah tu cara buat pun senang ja...

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum / tepung kek (kalau pakai tepung kek dah tak payah tambah baking powder)
1 sdt baking powder
4 biji telur
1 cawan gula kastor
1 buku butter (250gm) / marjerin  / 1 cawan minyak
1sdt esen vanila
1/2 cawan susu full cream
1 sdt ovallet (optional) - pastikan ada cop halal ye. Ia menjadikan kek lebih gebu

Optional mengikut jenis kek:
- Untuk kek orange - tambah 1 biji orange (kulit diparut & diambil jus nya). Kalau takde orange, boleh guna dalam 4-6 sdb (1/2 cawan) pati orange sunquick. Saya tak tambah pape pewarna atau perisa oren. Sedap & gebu sangat, rasa fresh je bau kulit oren tu...nyummm..nyummmm

Kek Oren Gebu Gebas

- Untuk kek marble - tambah 2 sdt chocolate emulco. Optional - 1/2 sdt perisa mocha (kalau suka)

Kek Marble Mocha

- Untuk kek pelangi - guna pelbagai jenis pewarna

Kek Pelangi

Cara-Cara:

1. Pukul butter/marjerin bersama gula sehingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebijik. Pukul lagi sehingga menjadi sedikit keputihan. Masukkan sekali esen vanila & ovallet. Kalau buat kek orange, pukul sekali parutan kulit orange bersama adunan butter. Kalau guna minyak hanya pukul gula bersama telur, kemudian baru masukkan minyak.
2. Ayak tepung bersama baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan butter tadi. Masukkan susu. Kalau kek oren, jangan lupa masukkan jus oren yang telah ditapis. Kemudian kacau guna senduk sehingga sebati.
3. Sediakan loyang, sapukan sikit dengan minyak atau butter, masukkan adunan & bakarlah suhu 180c selama 40-50 minit.

Taraaa..siap sudah, 1 jenis resepi untuk pelbagai jenis kek..
Untuk hiasan, ikut suka hati korang la, boleh letak almonds flakes ke chocolate rice ke atau taburkan je dengan icing sugar atau tak payah letak pape pun ok je...

Semua jenis kek di atas, ceq dah try ye guna resepi ni je..ada pelbagai resepi & cara sebenarnya tapi untuk orang yang ala-ala rajin, resepi di atas amatlah sesuai..

Selamat mencuba!!!!!

Monday, 13 October 2014

Resepi Carrot Cake

Resepi ni ambik dalam satu blog tu tapi dah tak ingat dah blog mana. Terima kasih ye tuan empunya diri, ilmu tak rugi sekiranya dikongsi. Semoga Allah membalas segala kebaikanmu. Dah banyak kali try dah tau, memang TERBUKTI lah..sampai tetamu-tetamu masa open house raya request resepi ni la..hehehee

Tapi biasa lah ceq ni memang suka menderhaka sikit dari resepi asal, ikut selera masing-masing la, bukan apa resepi kek biasanya manis-manis belaka, ceq memang tak berapa suka makan manis-manis, so resepi tersebut telah dikurangkan sikit kuantiti gulanya tapi kek kalau kurang manis sangat pun tak sedap jugak, pernah try dulu, last-last kek tu selamat dalam tong sampah...huhuuuu..

So kita simpan resepi ni kat sini ye, takut terhilang plak..sebab kek ni sedap sangat & teramatlah senang nak buat guna ukuran cawan je & tak payah keluarkan mixer uolls ye, guna senduk je...nyummm..nyummmm.. 

Bahan-bahan:

2 atau 2 1/2 cawan parutan carrot
4 biji telur (suhu bilik)
1 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan gula kastor atau gula perang (kalau guna gula putih tu, letak 1 cawan dah cukup)
2 cawan tepung gandum
1 sdt soda bikarbonat
1 1/2 sdt baking powder
1/2 sdt serbuk kayu manis
1 sdt esen vanila
1/2 sdt garam (saya tak letak)
1 cawan walnut dicincang

Cara-caranya:

1. Tepung gandum, soda, baking powder, serbuk kayu manis, garam di ayak bersama & ketepikan.
2. Telur dipukul bersama gula, guna senduk kayu je, kemudian masukkan minyak, kacau sehingga sebati. Kemudian masukkkan bahan yang diayak kedalam adunan, kacau sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan esen vanila, parutan carrot & walnut cincang ke dalam adunan & gaul sehingga sebati.
4. Sapukan minyak pada loyang. Bakar pada suhu 185c selama 40 minit.

Taraaa..dah siap

My favourite cake

Memang SEDAPPPP sangat..tak payah frosting dengan cheese pun tak pe. Saya suka makan macam tu je...



Minuman Detoks

Simpan resepi minuman detoks ni kat sini sat..

Haha..ambik, berdetoks baq hang..harap maklum, sejak dua menjak ni, ramai sangat dah menegur, depa kata ceq berisi sikit..bukan sikit aih, banyak woo..9 kg naik wei..banyak baju memang tak muat dah, tambah-tambah baju kurung moden, selamat la bersemadi dalam gerobokku..tunggu ye kesayangan semua nanti ceq pasti kurus semula...huhuhu...

Nak start berdiet punyalah seksa, asyik postpone je..hahahhh..selain exercise, makanan kena jaga gak..tapi bab makan ni memang tak berapa boleh control sangat..selera tak hingat. So salah satu cara dengan berdetoks la. Detoks ni baik untuk jaga kesihatan dan membantu mengurangkan berat badan. Sebenarnya dengan minum air kosong yang banyak pun dah boleh, tapi nak try jugak buat air detoks sendiri, tengok macam best je, terliur wei...

Secara basic, beberapa jenis buah dipotong, selalunya buah yang kaya dengan vitamin c seperti oren, lemon, limau nipis (bertujuan menukarkan lemak kepada tenaga) & timun (memberikan rasa kenyang). Buah-buahan tersebut dicampur dengan  daun pudina direndam dalam air kosong dan disimpan dalam peti ais, pastu minumlah..kalau nak lagi efektif, minum je macam tu, tak payah nak tambah gula, tapi kalau tak tahan dengan rasa kosong tu, tambah la gula ke madu ke..

Ni minuman detoks yang saya buat, saya letak buah oren, lemon & halia je (bahan tu je yang ada, nanti nak buat lain la), potong nipis-nipis, letak dalam botol atau jug, masukkan air, biarkan dekat luar kejap pastu baru masukkan dalam peti ais..taraa..boleh la minum, memang tak sedap sangat pun tapi demi kesihatan, ku gagahkan jua..saya minum macam tu je tak tambah gula atau madu pun, saya minum pagi dan malam..depends korang la nak letak buah apa & nak minum berapa kali sehari..


Dah beberapa kali minum baru teringat nak ambik gambar, nampak orange je

Petua putihkan gigi

Simpan petua ni kat sini ye, petua ni viral kat fb sekarang ni, jimat wei compare nak beli whitening teeth. Boleh refer kalau lupa nanti, biasalah semangat membara ceq ni sat je, nanti-nanti bila penyakit malas mai, apa pun tak boleh nak buat;-)..huhuuhu..
Simple je caranya, ambik soda bikarbonat letak dalam bekas, 1 sudu kecik dah ok, depends korang la nak banyak atau sikit, pastu sepotong limau nipis atau lemon, perahkan atas soda, ambik berus gigi & gosok la..taraaa..siap..

Dah try tau, okla, gigi jadi lebih bersih dan rasa macam putih sikit..hehehe...almaklumlah bila dah dilahirkan dengan gigi cam gini tak boleh la nak perasan macam fazura..hehehe..pape pun saya bersyukur dengan kurniaannya...

Monday, 22 September 2014

Vertigo & Betaserc

Ni sambungan part 2 pasal vertigo...hahahah..boleh gitu...

Hari tu dah cerita sikit pasal vertigo, pastu ingat tak stok 3 bulan ubat tu, namanya Betaserc. Gueh dengan tidak konsistennya makan la ubat ni, kan doktor prescribe sehari 2 biji selama 3 bulan, ingat aku nak follow sangat, hahahahhhh...

Nak dijadikan cerita, lately aku sangat susah nak tido, tak tau la nape, puas betoi nak tido, kalo tido pun kejap-kejap terjaga, nak dapat sehari 4 jam pun susah. Penah aku tak dapat tido hampir 3 hari, adoooiiiii..situasi ni sangatlah tidak sesuai dengan diriku yang bergelar ratu tido ni, mau nya tak dapat gelaran tu, dengan kiraan 10 sahaja aku dah hanyut..husband aku selalu perli, kalau aku cakap ngantuk nak tido maksudnya memang dah selamat la, ribut ke, gempa bumi ke, memang aku takkan terbangun punya...

Tapi KINI TIDAK LAGI...huhuhuuuu

Puas jugak aku memikir, nape la jadi camni, habis nikmat tido ku..pikir punya pikir akhirnya aku syak mesti ubat ni yang punya angkara..pastu aku pun cek ngan pakcik google, rupanya antara side effect ubat ni antaranya adalah insomnia...patutlah..

Korang bayangkanlah disebabkan aku tak boleh tido, habis cerita korea aku layan, running man siap tengok balik dari episod 1, roommate siap aku tengok online sampai habeh dah..cerita yang best-best tayang kat channel 393 aku dah habeh tengok dah online, nak tunggu depan tv macam lambat je..layan jela online...huhuhuu..

So sekarang ni, aku ambik ubat ni selang-selang, kadang-kadang aku selang sampai seminggu, hahahha  melampau tak, selagi aku tak pening aku tak ambik ubat, pastu bila dah stat pening sikit-sikit, mulalah aku kelam kabut ambik ubat balik, tapi kesannya aku tak boleh nak tido betul-betul 2 hingga 3 hari jugak la, lepas habis kesan ubat tu, aku akan tido selena-lena nya..so sekarang ni aku menjadi burung hantu menemani suamiku bekerja sehingga larut malam (isteri solehah gitu, huahuauuuu)...

Kadang-kadang bila satu nikmat (walaupun kecil pada padangan kita) diambil dari kita baru kita belajar menghargai betapa besar nikmatNya..




Friday, 8 August 2014

Syawal 2014 (#kueh raya #baju raya #balik kampung #raya #proposal #vertigo #takdeopenhouse)...panjang tajuk kali ni..

Selamat hari raya, alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan olehNya untuk menyambut bulan syawal...mohon ampun & maaf di atas segala kekhilafan, kita hanyalah manusia biasa yang tak penah lekang dari melakukan kesilapan & kesalahan..

pejam celik pejam celik dah raya keberapa pun dah tak tau..cepatnya masa berlalu..sibuknya jadual ku, dari bulan puasa sampai la sekarang...tapi yang penting dapat buat kuih raya yang banyak tahun ni..hihihii...

Raya ketiga sudah bermula tugasku sebagai seorang pelajar, poyo tak, orang sibuk raya, aku dok sibuk buat proposal, berkurung dalam bilik, tapi sempat gak la tolong family husband i buat kenduri arwah masa raya kelima tu (jumaat)...

Hari sabtu malam gerak balik putrajaya, ahad gueh sambung buat proposal balik...akhirnya hari khamis dah hantar proposal...yessssssss....tapi biasalah ada jugak lagi pindaan sana sini...nasib baik minor jer..

Disebalik kekalutan & kesibukan dari bulan puasa sampai sekarang, akhirnya berjaya jugak beraya dengan jayanya walaupun baju raya beli tiga empat hari sebelum raya..hahahahhh..

pastu boleh lak sakit..nak cerita jugak, ntah apa ntah nama penyakit tu, pelik, VERTIGO..simptom dia korang akan rasa pening, nak berdiri tak boleh, nak duduk tak selesa, nak tido pun serba tak kena, tak stable, semua benda berpusing-pusing...duniaku berpusing-pusing selama beberapa minit, pastu ok, pastu jadik lagi, selama beberapa hari jugak la..so cane nak buat kerja...mula-mula pi hospital kena inject je, dua hari gak la tak boleh puasa, ingatkan hilang camtu je, masa hari rabu, raya keberapa ntah, tak larat nak kira dah, jadi balik, terpaksalah makcik pi jumpa pakar ENT, dia cek semua la, tapi part paling tak best tu bila Dr. masukkan kamera yang kecik tu dalam hidung aku, sakit ya amat, sampai mencurah-curah air mataku, aku tak nangis tau, dia keluar sendiri, tak dapat control...hua..hua..huaaa..pastu siap kena pi terapi lagi cane nak handle kalau DIA DATANG lagi, ubat jangan cerita la, stok 3 bulan punya, muntah aku tengok, siap ada appointment pi jumpa fisio lagi, nak gelak aku dengar..pastu bila cerita semua orang gelak. Sabar jela...hehehhee

Dr.  kata garam dalam telinga aku tak berada dalam tempat sepatutnya, apa ntah..pelik penyakit tu..tapi yang penting Dr cakap tak serius sangat, cuma bila pusing-pusing tu je tak boleh buat pape, yang penting ubat kena sentiasa makan, BAIK DOKTOR..alhamdulillah, lega aku dengar, husband aku siap boleh buat lawak lagi, mesti aku selesa nak bernafas, maklumlah, lubang hidung dah kena gali, huaahuuuuaaaaahuuuaaaaaa...

Disebabkan beberapa sebab, maka tahun ini tiadalah open house, 1st time tak buat open house sejak kami berkahwin...huhuhuu...ramai dah kawan-kawan aku & my hubby tanya...ampun ye..ceq tak sempat sangat...ingatkan tak kerja, lagi free rupanya lagi sibuk, sibuk apa pun aku tak tau, so sekarang ni nak rest jap sehari dua..tapi kalau korang ajak aku pi open house korang, inshaaAllah aku pi..

Walaupun ikut perancangan aku akan beraya sakan tahun ni, maklumlah jadi student, kononnya nak duduk kampung sampai 2 minggu, tapi raya keberapa dah bermula rutin ku sebagai student untuk menyiapkan proposal aku...dengan nak siapkan beberapa projek dalam perancangan lagi, doakanlah ye..

Kesimpulannya kita hanya mampu merancang, tuhan menentu segalanya...